Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

Bagi meringankan beban mangsa yang terjejas dalam insiden letupan paip gas di Kampung Kuala Sungai Baru, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menyumbang sebanyak 55 unit motosikal jenama Yamaha Ego Avantiz secara percuma.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, sumbangan motosikal tersebut ditaja oleh syarikat korporat Spanco bagi memudahkan urusan harian mangsa terutama dalam aspek mobiliti harian yang terjejas akibat insiden itu. Kos tanggungan oleh syarikat tersebut termasuklah insurans selama setahun bagi setiap motosikal.
"Tragedi letupan paip gas bukan sahaja merosakkan rumah dan kereta malah motosikal juga turut musnah dalam kebakaran. Motosikal juga merupakan sebagai kenderaan utama yang digunakan ramai penduduk di sini, kata Loke."
Oleh itu pihak kementerian mencari inisiatif bagi membantu penduduk terjejas mencari penaja. Hasilnya pihak Spanco tampil menaja motosikal yang dibeli dari pengedar motosikal terkemuka.
"Nilai harga pasaran model tersebut mencecah RM6,000 seunit. Namun, pihak Spanco memperolehi jentera yang disumbang pada harga RM5,000 seunit, tambah Loke."
Motosikal yang disumbangkan didaftarkan di kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dibuka di lokasi serahan. Penerima turut menerima sijil pemilikan kenderaan dan cukai jalan yang dibayar oleh pihak penaja.
Motosikal didaftarkan dengan nombor pendaftaran khas 'MADANI' mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh JPJ.Pihak JPJ juga turut menyumbang topi keledar percuma kepada para pemilik.
Inisiatif ini bertujuan untuk membentuk kerjasama yang erat di antara Kerajaan dan pihak swasta dalam usaha membantu rakyat yang ditimpa musibah. RR
Sumber berita: http://bharian.com.my
Popular