Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini memperkenalkan Yamaha Y15ZR Edisi Istimewa (SE) yang hadir dengan warna Bronze Fury serba baru. Model SE i ni ditawarkan pada harga (cadangan) RM9,498 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).
Model SE ini didatangkan dengan Sport Visor dan Bakul Premium Yamaha, lengkap dengan unit pengecas USB Type-C.
Ya...Y15ZR yang lebih dikeknali dengan panggilan Ysuku ini merupakan antara moped paling popular yang terus mendapat sambutan hingga ke hari ini. Model ini disempurnakan dengan enjin 150cc SOHC, sistem sejukan cecair, Euro 5 yang berkuasa 11.3kW pada 8,500rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000rpm.
HLYM turut menghadiahkan kunci cakera yang bernilai RM100 dengan setiap pembelian Y15ZR SE baru ini. RR