Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Rantau Panjang - Seorang wanita dan seorang lagi remaja perempuan maut dalam kemalangan yang membabitkan motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Gual Tinggi tengah malam tadi.
Kejadian dipercayai berlaku lebih kurang jam 12.20 tengah malam di mana mangsa berumur 44 tahun dan remaja perempuan berumur 14 tahun yang masing-masing menunggang motosikal berasingan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cecera parah.
Menurut Hamzah Musa, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, pohaknya telah menerima panggilan kira-kira 12.21 tengah malam. Kemalangan membabitkan dua buah motosikal jenis Yamaha Lagenda dan Honda Wave dipercayai bertembung.
Seorang lagi mangsa yang merupakan pembonceng Honda Wave parah dan dibawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk rawatan.
Kedua-dua mayat dibawa ke Unit Forensik HPM untuk di bedah siasat. RR
Sumber berita: http://hmetro.com.my