Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Mac 2025

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Pada bulan lepas, Triumph Motorcycles Malaysia telah memperkenalkan model Sport Touring terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu Triumph Tiger Sport 800 (2025). Bersempena dengan majlis berbuka puasa bersama Triumph, turut berlangsungnya sesi penyerahan motosikal berkenaan kepada para pembeli terawal.

Secara ringkasnya, Triumph Sport Tiger 800 didatangkan dengan enjin tiga silinder 798cc, 12 injap, DOHC dengan sistem penyejuk cecair Sebagai sebuah model yang menarik, enjinnya menghasilkan kuasa maksimum 113bhp pada 10,750rpm dan tork 84Nm pada 8,500rpm.

Dibina untuk perjalanan jauh, Tiger Sport 800 tampil dengan casis yang lebih ringan untuk menawarkan keselesaan buat penunggang. Kemantapan model ini diserlahkan lagi dengan saspensi hadapan USD jenis Showa 41mm yang boleh dilaras manakala belakang menggunakan penyerap hentak tunggal Showa RSU.

Didatangkan secara standard, model ini memilik sistem Cornering ABS, Traction Control, Triumph Shift Assist, Cruise Control serta tiga mod tunggangan seperti Rain, Sport dan Road. Antara ciri-ciri lain seperti lampu-lampu LED, Instrumen pelbagai fungsi jenis LCD dengan paparan TFT, Slipper Clutch, brek cakera bergada 310mm (depan), brek cakera tunggal 225mm (belakang) dan tangki bahan api 18.6 liter.

Seperti yang diberitahu pada bulan lepas, 30 pembeli awal model ini akan menerima pek Touring bernilai RM11,00 yang terdiri daripada pannier dengan beg dalaman, top box, rak bagasi, kit pemasangan top box, pad sandaran top box dan kit tongkat tengah.

Triumph Sport Tiger 800 ditawarkan pada harga asas bermula RM63,900 (tanpa pendaftaran & insurans) dengan empat pilihan warna seperti Cosmic Yellow, Caspian Blue/Phantom Black, Graphite/Sapphire Black dan Sapphire Black. RR

Popular

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

  • Warta Roda

    Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

  • Model Baru

    JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Artikel berkaitan

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Honda CBR150R Hadir Dengan Warna Serba Baru!

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.

Dari Litar

Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

Pirelli menjadi pembekal tayar eksklusif untuk Kejohanan Dunia MotoGP bagi tempoh lima tahun bermula musim 2027.