Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 29 Mac 2018

Rimba Raid: Ujian Kemampuan & Ketahanan Penunggang

Seringkali kita lihat penganjuran sukan motosikal lasak dilakukan di kawasan padang pasir, kawasan bersalji atau di snowcap mountain tetapi aktiviti di hutan belantara yang padat dengan kehijauan tidak banyak dianjurkan. Oleh itu, Rimba Raid merupakan satu penganjuran yang bertujuan untuk mendekatkan para penunggang motosikal lasak dengan keindahan alam. Dengan laluan-laluan teknikal serta tidak mengganggu ekosistem dan habitat alam semulajadi, penganjuran ini benar-benar memberi peluang kepada para peserta menguji ketahanan mental dan fizikal demi menyelesaikan perjalanan dan cabaran yang telah ditetapkan.

“Rimba Raid bermula pada tahun 2015 di Mat Daling. Ketika itu saya dapat melihat kawasan hutan yang cukup cantik dan sesuai untuk aktiviti motor lasak berkonsepkan ‘Friendly to Nature’ tanpa mengganggu kawasan hutan dengan tidak menebang pokok dan memberi satu pengalaman baru menunggang di destinasi yang esotik. Pada masa yang sama, penganjuran sebegini telah berjaya meningkatkan ekonomi masyarakat kampong dan kami ingin Malaysia menjadi lokasi utama penganjuran seperti ini kerana kita mempunyai khazanah yang tidak dimiliki oleh negara-negara lain,” kata Ketua dan Pengasas Rimba Rain, Dato’ Kapten Nik Huzlan.

Dato’ Kapten Nik Huzlan (kanan sekali)  bersama-sama krew Rimba Raid.

Untuk edisi keempat, Rimba Raid telah diadakan di kawasan tepian sungai di Janda Baik. Penganjuran kali ini berjaya mengumpulkan lebih daripada 60 orang peserta berumur dari 18 tahun hingga lebih daripada 50 tahun. Para pencinta sukan motor lasak ini datang dari seluruh Malaysia dan Singapura. Antara jentera jentera yang ‘ditugaskan’ untuk mengatasi segala halangan ialah BMW R1200GS, BMW F800 GS, Honda Africa Twin,Honda NC750X, Yamaha XT1200Z dan KTM. Perlumbaan ‘fun ride’ ini diadakan selama dua hari dengan disiplin dan ujian lasak yang berbeza.

Wan Nor Fahmy  melepasi cabaran  pertama (Durian &  Sumpit) dengan mudah.

Penganjuran kali ini turut mendapat sokongan daripada wakil sah pengedar BMW Motorrad, Chear Motorrad yang menaja baju-t dan urutan kaki khusus untuk para pemilik BMW yang menyertai acara ini. Antara pengeluar motosikal lain yang turut memeriahkan Rimba Raid 2018 ialah Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd, Ducati Malaysia dan lain-lain. Bagi para peserta dan pencinta sukan lasak yang datang memberikan sokongan, terdapat juga tapak perkhemahan yang boleh disewa mengikut saiz dan jenis khemah pada harga cukup berpatutan. Pastinya warga kota menginginkan pengalaman bermula di hutan yang sejuk, nyaman dan menyegarkan.

Pada hari pertama, para peserta harus menyelesaikan tugasan dan laluan di enam stesen yang telah disediakan. Di stesen pertama, para peserta dikehendaki mengambil sebiji durian bersaiz kecil yang diletakkan di atas batang buluh dan meletakkannya di satu lagi batang di hadapan. Ketika ini kawalan pendikit dan keseimbangan amat diperlukan. Selepas itu, mereka perlu menyumpit tiga kali pada tempat sasaran yang telah ditandakan markah.

Affendy Syed Omar mengendalikan  jentera dengan tangkas sekali untuk  mencapai kedudukan tempat ke-6.
Affendy Syed Omar mengendalikan jentera dengan tangkas sekali untuk mencapai kedudukan tempat ke-6.

Hamzah (Tok Am) memacu G 650 GS Sertao untuk menamafkan cabaran di tempat ke-10.

Stesen 2 lebih sukar. Para peserta perlu menunggang melalui kawasan sempadan yang terhad dengan menggunakan kelajuan yang sesuai. Untuk menambah kesukaran, terdapat beberapa blok kayu yang menjadi penghalang dan banyak lagi di tengah-tengah laluan. Stesen ketiga nampak mudah tetapi ia sebenarnya agak sukar. Para peserta diminta mengendalikan jentera laluan yang kecil dan sempit. Kawalan pendikit dan gear yang tepat memberikan kelebihan dan beberapa peserta dapat melepasi halangan ini dengan baik.

Stesen 4 dan 5 memerlukan para peserta merentasi sebatang sungai. Di sini sememangnya antara cabaran yang amat sukar dan meletihkan. Ramai yang berjaya melaluinya dengan cemerlang tetapi ramai juga yang terkandas di dalam air. Di sinilah kita dapat melihat rakan-rakan motor tanpa mengira bangsa dan agama membantu agar jentera yang kesemuanya berisipadu di atas 800cc keluar dari sungai yang agak dalam dan berbatu.

Stesen 6 menyajikan laluan mendaki yang memerlukan kepantasan dan kawalan jentera yang mantap. Bagi mereka yang berpengalaman, ia memang mudah dan memberi kelebihan tetapi bagi para peserta baru, ia ternyata berjaya mempertingkatkan keyakinan, tahap skil dan pengalaman.

Chear Motorrad menaja baju-t dan tempat mengurut kaki buat para peserta BMW.
Chear Motorrad menaja baju-t dan tempat mengurut kaki buat para peserta BMW.
Ramai yang berjaya dapatkan 10  markah penuh dalam acara menyumpit.
Ramai yang berjaya dapatkan 10 markah penuh dalam acara menyumpit.

Hari kedua pula para peserta dikehendaki menguji kepantasan dan kehebatan kawalan dalam sesi Time Attack di laluan mencabar yang sejauh 11 kilometer dan jumlah mata untuk kedua-dua hari akan dikumpul untuk mencari pemenang. Alex Wong Chun Fah dan Bee Wong dari Malaysia masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua manakala pemenang ketiga datangnya dari Singapura, Syed Hafiz Syed Sheikh.

“Memang seronok. Ini adalah penyertaan Rimba Raid yang pertama dan perjalanan paling jauh saya bersama BMW R800GS milik saya. Selain penganjuran yang cukup baik, pemilihan lokasinya sangat kami sukai. Bukan mudah untuk saya dan rakan-rakan dari Singapura menikmati pengalaman di luar bandar yang segar dan nyaman seperti ini. Mengenai cabaran yang telah saya lalui, ia memang sukar tetapi amat bagus untuk saya menambah pengalaman dan skil tunggangan,” kata Sdr Raihan dari Jurong, Simgapura.

“Saya memang pencinta offroad dan seringkali memacu jentera saya (BMW GSA dan beberapa model scrambler) di pelbagai keadaan dan jenis jalan. Saya sukakan penganjuran ini kerana kita boleh lihat pelbagai jenis jentera dapat menguji kelasakan, tidak tertumpu pada satu jenama sahaja. Pemilihan laluan dan cabaran juga bagus kerana ia tidak memberikan sebarang kelebihan untuk sesebuah jentera sahaja. Ada cabaran sesuai untuk jentera besar… ada pula yang lebih sesuai untuk jentera yang lebih kecil. Sesiapa pun berupaya untuk menyelesaikan cabaran yang diberikan,” komen Sdr Ashok Kumar, pemilik BMW R1200 GSA dari Johor Bharu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Nampak mudah tetapi segala laluan ini memang teknikal dan sukar.
Nampak mudah tetapi segala laluan ini memang teknikal dan sukar.

Ada yang sudah selesai...ada yang bersedia untuk cabaran berikutnya dan ada juga yang hanya datang untuk menyokong.
Ada yang sudah selesai...ada yang bersedia untuk cabaran berikutnya dan ada juga yang hanya datang untuk menyokong.

Sepanjang dua hari penganjuran, kemenangan bukanlah yang dicari oleh setiap peserta Rimba Raid. Pengalaman, peningkatan tahap tunggangan dan pertemuan dengan sahabat yang mempunyai minat yang sama adalah sesuatu yang jauh lebih penting dan lebih utama. Utara berjumpa Selatan, Timur bertemu Barat di Rimba Raid. Seperti yang dikatakan oleh Dato’ Nik Huzlan sendiri… “Semoga dari hanya pertemuan sesama rakan… suatu hari nanti kita harapkan ia menjadi pertemuan dari seluruh dunia.” RR

Isu Pada

Mac 2018

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Warta Roda

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.