Honda CBR150R Hadir Dengan Warna Serba Baru!

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda CBR150R dengan skema warna baharu lebih menarik. Warna serba menawan ini adalah inspirasi daripada DNA Honda Racing ikonik seperti mana yang dilihat pada model lagenda CBR1000RR-R, CBR650R dan CBR250RR.
Kemas kini terbaharu ini meningkatkan penggayaan agresifnya sambil mengekalkan daya tarikan sporty. Honda CBR150R kini boleh didapati dalam Honda Tricolor, livery yang memberi penghormatan kepada warisan sukan permotoran Honda. Ia melambangkan semangat kepantasan dan persaingan.
Bagi mereka yang inginkan rupa yang berani dan tersendiri, pilihan warna Silver menawarkan gabungan yang kuat untuk rekabentuk keseluruhan yang anggun dan warna yang bersemangat, Ini memberikan keseimbangan sempurna antara kecanggihan dan prestasi.


Honda CBR150R dikuasakan oleh enjin DOHC 150cc, sistem sejukkan cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 12.0kW pada 9,000 rpm dan tork 13.7 Nm pada 7,000 rpm. Jentera sport ini dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan sistem klac Assist & Slipper untuk pengendalian yang lancar dan responsif.
Model ini juga dilengkapi dengan sistem ABS Dwi-saluran, fork hadapan jenis USD, brek cakera hadapan dan belakang serta Emergency Stop Signal (ESS). Semua 'pakej' ini memastikan kestabilan, kawalan dan keyakinan para penunggang.
Dengan pilihan warna dinamik ini, CBR150R terus mencerminkan komitmen Honda terhadap inovasi, gaya, dan pengalaman menunggang yang menggembirakan.
Honda CBR150R akan tersedia di semua IMPIAN X dan pengedar sah Honda di seluruh negara mulai 19 Mac 2025 dan seterusnya, dengan harga bilik pameran yang disyorkan adalah RM13,399 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. RR