Warna Baru Ego Avantiz 2018 Lebih Ummph!
Model skuter penuh inovasi, Yamaha Ego Avantiz 2018 kini pastinya lebih menyerlah dengan skima warna terbaru iaitu Biru, Kuning dan Merah. Warna dan rekacorak baru ini tampak moden dan ranggi serta mencerminkan karaktornya yang lincah, sporty dan mantap.
Yamaha Ego ini digemari ramai kerana ia cukup praktikal dan mudah dikendalikan. Enjinnya bersesaran 125cc, silinder tunggal yang berkuasa 7.0kW pada 8000rpm dan tork 9.6Nm pada 5,500rpm. Dengan tapak roda 1,260mm dan hanya seberat 96kg, Ego Avantiz memiliki ketangkasan dan kelincahan tidak kira di mana sahaja.
Harga untuk model ini tidak berubah iaitu RM5,868.16 selepas GST. RR
Popular