Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Mac 2025

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!

Bersempena dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan kerjasama Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) telah mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha untuk edisi ke-27.

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan lagi dasar kesedaran tentang keselamatan menunggang pada waktu malam terutama pada musim perayaan. Menerusi kempen ini, penunggang motosikal digalakkan memakai peralatan menunggang yang lebih cerah serta mengamalkan amalan menunggang berhati-hati agar dapat pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari perayaan bersama keluarga.

Bertemakan 'Terang Dalam Gelap', Kempen Keselamatan Jalan Raya ini telah berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Majlis pelancaran dirasmikan oleh wakil Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook iaitu Datuk Aedy Fadly Bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Majlis pada hari tersebut turut dimeriahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Professor Dato' Dr. Jim Khor bersama Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Datuk Wee Hong dan para VIP yang lain.

Sepanjang acara dijalankan, terdapat Program Pertukaran Topi Keledar yang lama kepada baru secara percuma. Turut ada topi keledar untuk kanak-kanak sebanyak 50 unit yang tersedia bagi ibu bapa atau penjaga yang membawa anak-anak mereka. Pada masa yang sama para penunggang motosikal yang hadir juga berpeluang membuat pemeriksaan yang meliputi lapan bahagian secara percuma oleh makenik HLYM berpengalaman.

“Di HLYM, kami amat pentingkan tentang keselamatan para pelanggan kami. Hari Raya merupakan hari yang sangat isntimewa untuk beraya dan berkumpul bersama keluarga. Kami ingin memastikan setiap penunggang motosikal selamat sampai ke kampung halaman dan destinasi yang dituju untuk berjumpa dengan orang tersayang,” kata Professor Dato' Dr. Jim Khor.

Seiring dengan kempen ini, HLYM meneruskan inisiatif dengan Kempen Pemeriksaan Motosikal secara percuma di pengedar Yamaha yang sah seluruh negara bermula 20hb hingga 27hb Mac 2025. Para penunggang yang mengambil bahagian dalam kempen ini berpeluang untuk memenangi hadiah menarik yang ditaja oleh GenBlu Reward. Usaha ini adalah untuk memastikan para penunggang di Malaysia dapat menyediakan motosikal yang lebih selamat untuk pulang ke kampung.

Selain itu, turut memeriahkan acara tersebut adalah beberapa jabatan dan jenama seperti KYB-UMW Malaysia Sdn Bhd, AEON Credit Service, Berjaya Sompo Insurance, GIVI, Gracshaw, Hong Leong Bank, JPJ, MAXXIS, MIROS, NGK, Pacific & Orient Insurance, Pro Ice, RCB dan RK-M. RR

Popular

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

  • Warta Roda

    Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

  • Model Baru

    JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

  • Warta Roda

    Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Artikel berkaitan

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Honda CBR150R Hadir Dengan Warna Serba Baru!

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Disyorkan untuk anda
Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.

Model Baru

Produksi Ducati XDiavel V4 bermula. Akan dipasarkan ke Eropah terlebih dahulu bermula Mei ini.

Ducati memaklumkan bahawa pengeluaran untuk jentera 'Sport Cruiser' XDiavel V4 baru telah pun bermula.

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.

Dari Litar

VOGE Racing Team Bersedia Untuk Bersaing di Cub Prix & ARRC 2025

VOGE Racing Team yang dikuasakan oleh AS25 Academy perkenalkan barisan pelumba mereka dan livery jentera untuk musim 2025.