MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya' bermula 14hb hingga 28hb Mac 2025 yang boleh didapati di semua pusat servis MODENAS seluruh negara. Kempen ini bertujuan untuk memastikan kesemua motosikal para pelanggannya sentiasa dalam keadaan yang baik dan optimum menjelang musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi.
Menerusi kempen ini, MODENAS menawarkan pelbagai manfaat eksklusif seperti Percuma Cas Upah Kerja untuk servis motosikal biasa, Diskaun Istimewa servis dan penyelengaraan motosikal, Diskaun Tambahan Eksklusif untuk ahli E-Keahlian MODENAS dan Konsultasi Percuma Dari Makenik Bertauliah MODENAS tentang penjagaan dan penyelengaraan motosikal.
"Kami percaya bahawa keselamatan amat penting buat para penungganag dan ianya harus diutamakan, terutama pada musim perayaan. Melalui kempen ini, kami ingin memberi kembali kepada komuniti untuk memastikan motosikal mereka diselengara dengan baik supaya dapat mengurangkan risoko kerosakan ataupun kemalangan. Inisiatif ini mencerminkan kami terhadap tanggungjawap sosial korporat yang berterusan, menjadikan mobiliti yang selamat dan boleh dipercayai dapat diakses oleh semua," kata CEO MODENAS, En. Roslan Roskan.
Para pelanggang boleh kunjungi mana-mana pusat servis MODENAS sepanjang kempen dari hari Isnin hingga Jumaat pada jan 8.30 pagi - 4.30 petang. Manakala Sabtu dibuka pada jam 8.30 pagi - 1.00 petang. RR