Kembara 60,000km ke Eropah Bersama Ducati Multistrada

'The Multistrada 60,000 km European Tour' telah berakhir dengan jayanya. Ia merupakan pengembaraan epik bermula dari Perancis yang menyaksikan jentera Ducati Multistrada Rally V4 ditunggangan secara berganti-ganti (relay) merentasi lapan buah negara di Eropah dan berakhir di Borgo Panigale.
Perjalanan ini disertai oleh dua puluh sembilan penunggang berbeza yang dipilih daripada pelbagai negara. Mereka telah merakam kisah dan pengalaman di sepanjang perjalanan ini melalui foto dan video yang cukup mengagumkan.
Setiap penunggang motosikal ini berpeluang untuk memilih laluan sendiri dan sebaik sahaja sampai ke destinasi, mereka telah menyerahkan jentera tersebut kepada peserta seterusnya, Ini adalah satu kembara unik yang menunjukkan kerjasama sebenar oleh semua para pengembara yang terlibat.
Bermula dari Nice , Rali Multistrada V4 tiba di bandar Bordeaux dengan merentasi laluan indah , 'Alpine Road', Perancis. Para pengembara telah mempamerkan kemampuan dan kepakaran mereka mengendalikan Multistrada V4 Rally walaupun ada ketikanya berdepan dalam keadaan asfalt yang sukar.
Destinasi seterusnya ialah Le Mans, di mana penunggang yang terpilih berpeluang menyaksikan perlumbaan MotoGP di Grandstand Ducati. Di sana, mereka telah menyerahkan jentera tunggangan masing-masing kepada penunggang seterusnya untuk meneruskan kembara ke lokasi ikonik berikutnya, litar Spa-Francorchamps yang terletak di Stavelot, Belgium.
Perjalanan diteruskan melalui kawasan pergunungan Austria yang terkenal dengan keindahnya, menuju ke ibu kota Vienna.
Para pengembara Multistrada V4 Rally ini kemudiannya tiba di Great Britain. Mereka telah merentasi pelbagai wilayah di Wales, Scotland dan England sebelum tiba di litar bersejarah Silverstone. Dari sini, wartawan motosikal terkenal Nye Davis dari MCN memulakan perjalanannya yang panjang menuju ke World Ducati Week di Misano, di mana jentera itu dipamerkan selama tiga hari buat tatapan para peminat yang hadir ke acara itu.

Tidak ada masa untuk berehat, jentera Multistrada V4 Rally segera kembali ke jalan raya, sampai ke Poland. Di sini, pemandangan landskap di Eropah Timur yang sangat cantik bagaikan lukisan. Pengembara kemudiannya singgah di bandar Warsaw, ibu negeri dan bandar terbesar di Poland dan kemudian ke bandar Krakow yang bersempadan dengan negara Czech Republic.
Fasa terakhir pengembaraan penuh bersejarah ini dengan merentasi semenanjung Iberia sebelum tiba di beberapa buah bandar ikonik seperti Barcelona, Valencia, Seville, Lisbon dan Madrid.
Projek kembara itu berakhir di Itali, di mana lima orang penunggang bergilir-gilir dalam perjalanan untuk menyempurnakan pengembaraan melalui permatang Tyrrhenian, tiba di Sicily dan kemudian mendaki semula ke Borgo Panigale. Enjin Mutistrada V4 Rally ini dimatikan di ibu pejabat Ducati yang bersejarah dan menandakan berakhirnya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
'The Multistrada 60,000 km European Tour' meliputi perjalanan keseluruhan sejauh 67,925 kilometer. Lebih kurang sama dengan kiraan 1 1/2 nilai pusingan Bumi. Ia telah berjaya melebihi daripada objektif asal. Semasa pemeriksaan kelegaan injap, yang dijadualkan selepas 60,000 km pertama, jentera itu tidak menunjukkan tanda haus dan tiada pelarasan diperlukan.
Ini membuktikan kualiti tinggi dan kebolehpercayaan Multistrada V4 Rally ini. Jentera yang 'membintangi' pengembaraan ini akan dipamerkan di pintu masuk muzium Ducati bermula pada 28 Februari ini.
Ducati ini sememangnya teman terbaik untuk para pencinta pengembaraan. Segala teknologi yang dipadatkan pada model ini menjadikannya lebih mudah untuk dipacu di jalan raya biasa dan di laluan lasak. RR