Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 Mac 2025

Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

Seremban: Seorang lagi mangsa kemalangan tiga buah kenderaan yang melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang pada Khamis lalu telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.23pm tadi.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) adalah lelaki berusia 17 tahun dan merupakan penunggang motosikal jenis Honda Vario yang dinaiki bersama rakan lelaki berusia 13 tahun. Jumlah kematian keseluruhan kini melibatkan tiga orang remaja.

Terdahulu melaporkan dua orang maut manakala empat yang lain cedera (termasuk pemandu kereta dan penumpang) selepas dua motosikal dirempuh oleh kereta jenis Honda Jazz.

Sekarang, tiga yang parah masih menerima rawatan di Hospital sama terdiri daripada pembonceng Honda Vario dan pemandu serta penumpang kereta Honda Jazz.

Menurut pihak polis, kenderaan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 18 tahun itu tidak memiliki lesen memandu yang didakwa memandu dengan laju serta gagal memberhentikan kenderaan selepas lampu isyarat bertukar merah dan merempuh dua buah motosikal. RR

Popular

  • Model Baru

    BMW Motorrad Malaysia Unum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

  • Model Baru

    VOGE DS800 Rally - Prestasi dan spesifikasi menarik perhatian!

  • Dari Litar

    Pirelli Jadi Pembekal Utama Tayar MotoGP Menjelang 2027

  • Warta Roda

    Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam parit

  • Model Baru

    KAMAX CUB X temui peminat offroad tahun ini

Artikel berkaitan

Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam parit

Dua Maut, Motosikal Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah

Lagi kes bengkel terbakar, kali ini melibatkan 22 buah motosikal...

MV AGUSTA Superveloce 1000 SERIE ORO Menang Anugerah 'GOOD DESIGN® 2024'

Helmi Azman Terima Anugerah 'AEON Credit National Rider of The Year 2024'

Penunggang Wanita Maut Terbabas Selepas Digesel Motosikal Lain

CFMOTO 675SR-R & 500SR VOOM sudah berada di pasaran negara. Harga bermula RM35,888.

ZEEHO AE4 Tersenarai Dalam Program MARiiCas - Terima Rebat Sehingga RM2,400

Disyorkan untuk anda

PETRONAS Sprinta Kini Rakan Ducati Official Club Malaysia

Ducati Official Club Malaysia (DOCM) menjayakan perhimpunan terbesar DUCATI di asia sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-8, menandakan satu pencapaian penting dalam legasi kelab sejak penubuhannya pada tahun 2016.

Warta Roda

CFMOTO 675SR-R & 500SR VOOM sudah berada di pasaran negara. Harga bermula RM35,888.

Selepas pelancarannya di CFMOTO Flagship Store pada tahun lepas, CFMOTO 675SR-R & CFMOTO 500SR VOOM kini sah sudah berada di pasaran Malaysia.

Warta Roda

Kawasaki Puncak Alam Dirasmikan

Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah merasmikan pembukaan flagship store Kawasaki di Puncak Alam

Warta Roda

Abang putus tangan, adik putus kaki terlibat kemalangan menuju ke sekolah

Pulau Pinang - Dua beradik cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di susur masuk ke Jalan Besar Sungai Bakap-Jalan Pengkalan di sini pada Selasa.