Dua Maut, Motosikal Dirempuh Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah

Seremban: Dua orang maut manakala tiga yang lain cedera parah selepas dua motosikal dirempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Matahari Height semalam.
Menurut Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, mangsa yang maut adalah penunggang dan pembonceng motosikal jenis Modenas Kriss yang masing-masing berumur 15 tahun dan 16 tahun.
Kemalangan dipercayai berlaku disebabkan sebuah kenderaan Honda Jazz yang dipandu oleh lelaki berumur 18 tahun bersama seorang lagi penumpang lelaki berusia 17 tahun dari arah Senawang menuju ke Paroi. Apabila tiba sahaja di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu dengan laju itu tidak memberhentikan kenderaan sebaik sahaja lampu isyarat berwarna merah lalu melanggar dua motosikal di sebelah kiri.
Penunggang motosikal Modenas Kriss dan pembonceng parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala pemandu kereta dan penumpang serta penunggang dan pembonceng motosikal Honda Vario, parah dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan.
Kedua-dua mangsa yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan. RR
Sumber berita: http://hmetro.com.my
Popular