Helmi Azman Terima Anugerah 'AEON Credit National Rider of The Year 2024'

Bersempena majlis Malam Anugerah Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) 2024, pelumba negara iaitu Helmi Azman telah dianugerahkan AEON Credit National Rider of The Year 2024 . Anugerah ini mengiktiraf prestasi hebat Helmi selepas merentasi pelbagai kejuaraan sepanjang musim 2024.

Malam Anugerah MAM 2024 menandakan kembalinya penganjuran majlis berprestij ini selepas enam tahun berehat. Ia adalah pentas istimewa untuk menzahirkan penghormatan kepada individu dan pasukan yang telah memberikan sumbangan besar kepada pertumbuhan sukan permotoran Malaysia.
Pencapaian Helmi tahun lepas sememangnya cukup cemerlang dengan merangkumi tiga pertandingan utama—Petronas Malaysian Cub Prix, Malaysia Superbike Championship (MSBK), dan Asia Road Racing Championship (ARRC).
Helmi juga membuat penampilan sebagai pelumba wildcard di saingan lasak Suzuka 8 Hours dan Moto2 dalam MotoGP di Ltar Antarabangsa Sepang khususnya. Sejak menyertai Boon Siew Honda Racing Team pada 2018, Helmi secara konsisten menunjukkan semangat dan dedikasinya terhadap sukan permotoran.
Anugerah sebelum ini termasuklah Juara ARRC Underbone 150 (UB150) (2018), Juara Cub Prix Malaysia Petronas CP150 (2020), ARRC Supersport 600 (SS600) Naib Johan (2022 dan 2023) meraih juara keseluruhan dua tahun berturut-turut iaitu pada 2023 dan 2024.
Pada musim 2024, Helmi berlumba di MSBK bersama pasukan Boon Siew Honda Racing dan telah membawa pulang 7 kemenangan, memperoleh 188 mata untuk menjulang gelaran kejuaraan keseluruhan. Dalam kelas SS600 (IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team), Helmi memperoleh beberapa kedudukan podium sepanjang 6 pusingan yang dianjurkan dengan mengumpul 142 mata kejuaraan.
Jumlah mata yang cukup tinggi itu membolehkan pasukan meletakkannya di tempat ke-4 keseluruhan dalam kedudukan ARRC. Helmi dan pasukan Honda SCK Racing Team mengumpul 73 mata, menduduki tempat ke-6 dalam kedudukan keseluruhan, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah seorang pelumba utama Malaysia.
Di luar litar domestik dan serantau, Helmi juga mendapat pendedahan antarabangsa melalui penyertaan wildcard dalam Suzuka 8 Hours pada 2022 dan 2024 dan saingan Moto2. Peluang-peluang ini telah mengukuhkan kemahiran menunggang dan membolehkannya menggunakan pengalaman tersebut dalam kedua-dua kejuaraan tempatan dan di luar negara.
Sambil melahirkan rasa terima kasih, Helmi berkongsi, “Saya benar-benar terkejut menerima anugerah ini kerana saya tidak menjangkakannya. Barisan pencalonan menampilkan beberapa pelumba yang luar biasa, dan saya berasa berbesar hati untuk diiktiraf di kalangan mereka. Anugerah ini merupakan motivasi yang hebat bagi saya untuk berusaha lebih keras lagi untuk musim 2025. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Boon Siew Honda Racing Team dan semua penyokong saya - ini tidak mungkin berlaku tanpa mereka.”
Mitsuharu Funase, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda berkata, “Pencapaian Helmi musim ini adalah bukti dedikasinya dan usaha berterusan Boon Siew Honda Racing Team untuk membangunkan pelumba bertaraf dunia. Kejayaan beliau mendorong kami untuk terus menembusi sempadan dan mengukuhkan pasukan untuk mencapai pencapaian yang lebih hebat. Kami berbangga melihatnya diiktiraf, dan kami akan terus menyokong pelumba kami untuk mencapai tahap yang baru.” RR
Popular