Penunggang Wanita Maut Terbabas Selepas Digesel Motosikal Lain

Seorang penunggang wanita yang merupakan isteri kepada anggota tentera maut dalam kemalangan di Kilometer 84 Jalan Kota Tinggi-Kluang pada awal pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.45 tengah malam, mangsa Nur Azreen Najwa yang berumur 25 tahun itu maut akibat cedra parah di bahagian kepala dan badan.
Seorang lagi mangsa lelaki berusia 20 tahun turut maut bertembung dengan sebuah kereta jenis MPV selepas memasuki laluan bertentangan.
Menurut Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, pihaknya menerima makluman awam pada jam 1.13 pagi berkenaan kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kenderaan Nissan Serena dan empat buah motosikal.
Sisatan awal mendapat kenderaan jenis Nissan Serena dari arah Kluang ke Kota Tinggi manakala empat motosikal termasuk motosikal ditunggang mangsa-mangsa yang maut dari arah Kota Tinggi ke Kluang.
Kemalangan berlaku di mana motosikal ditunggang Nur Azreen Najwa digesel oleh salah satu daripada sekempulan motosikal yang tidak dikenali dan menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terbabas.
Sebuah lagi motosikal lain tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal mangsa dan terdapat juga motosikal lain cuba mengelak tetapi terbabas dan jatuh di atas jalan.
Kedua-dua penunggang motosikal itu cedera di anggota badan. Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dalam video papan pemuka yang tular di media sosial baru-baru ini memaparkan sekumpulan motosikal menunggang secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan. RR
Sumber berita: http://hmetro.com.my
Popular