Kawasaki Puncak Alam Dirasmikan

Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah merasmikan pembukaan flagship store Kawasaki di Puncak Alam. Dengan pembukaan bilik pameran ini mengukuhkan lagi serta dapat mengembangkan jenama Kawasaki dan Modenas di Malaysia.
Kawasaki Puncak Alam merupakan pusat sehenti jenama tersebut yang ketujuh di Malaysia dan kedua ditubuhkan di Selangor. Bilik pameran ini diuruskan oleh Puncak Alam Motoworld Sdn Bhd dan dimiliki oleh dua orang beradik yang mempunyai pengalaman dalam industri motosikal selama 15 tahun.
Kawasaki Puncak Alam merupakan pusat sehenti 4S yang merangkumi empat aspek iaitu pusat jualan, alat ganti, servis dan bilik pameran. Pusat ini mempamerkan pelbagai jenis model Modenas dan Kawasaki yang terkini dari 250cc hingga model superbike.
Bahagian ruangan servis pula dilengkapi dengan lif motosikal, alat-alat penyelengaraan serta dikendalikan oleh para makenik motosikal terlatih bagi menawarkan khidmat dan alat ganti terbaik.
Menurut MODENAS, pihaknya bersedia untuk menubuhkan 13 bilik pameran Kawasaki 4S di seluruh Malaysia dengan dua pelantikan pengedar 4S tambahan untuk tahun 2025.
Kawasaki Puncak Alam bertempat di 3C Eco Grandeur, No 11, 13 & 15, Persiaran Eco Grandeur 1, 42300 Puncak Alam, Selangor. Bilik pameran ini dibuka setiap hari (kecuali Ahad) pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. RR