Boon Siew Honda Terima Dua Anugerah Motosikal Terbaik

Tahniah buat Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah menerima anugerah berganda di Majlis Anugerah Motosikal Terbaik Tahunan Allianz BikeRepublic 2025. Honda ADV350 dinobatkan sebagai skuter terbaik tahunan atas 250cc. Manakala Honda XL750 Transalp pula digelar sebagai motosikal Adventure terbaik tahunan bawah 800cc.

Majlis ini merupakan penganjuran buat kali pertama oleh Allianz Malaysia dengan kerjasama bersama BikeRepublic.com untuk mengiktiraf motosikal cemerlang yang dilancarkan pada tahun 2024. Anugerah tersebut adalah tradisi lama bagi meraikan dunia automotif di mana syarikat itu telah mengadakan Anugerah Kereta Terbaik selama 17 tahun berturut-turut. Pada tahun ini Allianz Malaysia menyampaikan penghargaan kepada komuniti dua roda untuk menghargai semangat dan inovasi yang semakin berkembang dalam dunia motosikal.
Pemilihan anugerah telah ditentukan oleh panel yang berpengalaman dalam industri automotif dan motosikal. Antara juri-juri tersebut ialah Keshy Dhillon, Jehan Miskin dan Kapten Nash.
Honda ADV350 merupakan sebuah skuter premium yang sesuai untuk tunggangan jarak jauh, harian dan Urban. Motosikal yang lengkap dengan enjin berkapasiti 330cc ini menawarkan keseimbangan kuasa dan kecekapan bahan api. Antara ciri-ciri yang istimewa yang ada seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC), sistem kunci pintar, keselesaan, ruang bawah pelana yang luas, selamat dan praktikal.
Untuk Honda XL750 Transalp pula diraikan kerana merupakan penanda aras baru untuk segmen motosikal kembara kelas pertengahan. Jenetra ini dikuasakan oleh enjin 755cc, dua silinder bersama sistem penyejuk cecair yang menawarkan pengalaman tunggangan lancar di atas jalan ataupun offroad. Kelengkapan lain yang ada pada jenetra ini adalah mod tunggangan, Honda Traction Control dan meter TFT. Casis yang ringan dan ergonomik ditawarkan suapaya penunggang dapat menunggang jentera ini dengan lebih yakin dan mudah.
"Kami amat berbangga kerana menerima dua anugerah ini. Pengiktirafan tersebut merupakan bukti komitmen Honda untuk menyediakan motosikal yang terbaik. Kami ingin mengucapkan ribuan termia kasih kepada Allianz Malaysia dan BikeRepublic kerana menonjolkan industri motosikal menerusi majlis ini," kata En. Kunitomo Asano, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Boon Siew Honda. RR
Popular