Suzuki GSX-R150 Tampil Dengan Warna Baru - Harga Asas RM13,888

Suzuki Malaysia telah mengumumkan kehadiran warna baru bagi model GSX-R150. Jentera berasaskan DNA GSX-R yang direka untuk kepantasan dan kepuasan menunggang kini tersedia dalam warna Titan Black.
Model ini didatangkan dengan enjin bersesaran 147cc, silinder tunggal, DOHC dan 4-lejang. Jentera yang hadir dengan kotak gear 6-kelajuan ini menawarkan hantaran kuasa maksimum 14.1kW pada 10,500rpm dan tork 14.0Nm pada 9,000rpm.
Antara kelengkapan lain yang ada adalah sistem kunci pintar, panel meter digital, lampu-lampu LED, fork teleskopik, penyerap hentak tunggal di belakang, brek-brek cakera, tangki bahan api 11 liter, berat 131kg dan tinggi pelana 785mm.
Sementara itu bagi warna Pearl Brilliant White telahpun tersedia pada awal tahun. Kedua-dua warna ini sudah pun berada di pusat pengedar Suzuki yang sah dengan harga asas bermula RM13,888 (pendaftaran, cukai jalan & insurans). RR
Popular