Jururawat maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang lori

Sepang: Seorang jururawat maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 28.2 Lebuhraya Kajang Silk, 1 tengah hari semalam.
Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang, Superintenden Shan Gopal Krishnan berkata, kemalangan membabitkan empat kenderaan.

Katanya, ketika kejadian, Nurul Ilham Nordin, 29, yang juga jururawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAS), Serdang, sedang menunggang motosikal dari arah Cheras ke Cyberjaya dan dipercayai terlanggar belakang lori tiga tan yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah.
"Akibat pelanggaran itu mangsa tercampak ke sebelah kanan jalan dan digilis Produa Bezza dan Produa Alza," katanya melalui satu kenyataan.


Shan Gopal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang atau menghubungi Inspektor Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-6488474. RR
Sumber: http://www.hmetro.com.my
Popular