Remaja Lemas Motosikal Terbabas Ke Dalam Sungai
![](https://sutera.rodaroda.my/images/uploads/covers/_large/Untitled-1_614.jpg)
PENDANG - Mayat seorang pelajar yang lemas di sungai selepas dipercayai terbabas bersama motosikalnya Ahad lalu di Titi Chegar, di sini, ditemukan pasukan penyelamat pagi tadi.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Aminuddin Rahim berkata, mangsa dikenali Nur Haidhar Nasrul berusia 17 tahun ditemui pada jarak 10 meter dari lokasi dipercayai terjatuh pada petang Ahad.
![Kredit foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia](https://sutera.rodaroda.my/images/uploads/articles/_extra-large/IMG_20250211_101542_157.jpg)
Menurutnya, pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah mula buat selaman pertama di lokasi pada jam 10.34 pagi pada Isnin.
"PPDA kemudian membuat selaman kedua pada jam 11.01 pagi. Selepas selaman ketiga dilakukan mangsa berjaya dijumpai pada jam 11.18 pagi.
![Kredit foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia](https://sutera.rodaroda.my/images/uploads/articles/_extra-large/IMG_20250211_101541_808_1.jpg)
"Mangsa dijumpai dalam jarak 10 meter dari lokasi yang dipercayai terjatuh, dan mangsa telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Terdahulu media melaporkan bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.16 malam pada Ahad dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pendang digerakkan ke lokasi kejadian.
![Kredit foto: Saluran Telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia](https://sutera.rodaroda.my/images/uploads/articles/_extra-large/IMG_20250211_102113_501.jpg)
Semasa setiba di lokasi kejadian terdapat sebuah motosikal jenis Modenas Kriss berada dalam sungai dan saksi kejadian mendakwa seorang mangsa lelaki anggaran berumur 17 tahun telah lemas. Dipercayai terbabas akibat hilang kawalan, usqaha mencari mangsa turut dibantu oleh beberapa orang awam ketika kejadian. RR
sumber: http://www.sinarharian.com.my
Popular