Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 Februari 2025

Aprilia Team Experience 2025 Winter Test Meet & Greet

Didi Group, pengimport dan pengedar rasmi Aprilia di Malaysia  telah menganjurkan Aprilia Team Experience 2025 Winter Test Meet & Greet bersempena dengan sesi Winter Test yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 5 - 7 Februari 2025.

Acara eksklusif yang berlangsung di Litar Go-Kart Sepang ini memberi peluang khususnya buat komuniti pemilik jentera Aprilia untuk bertemu dengan para pelumba kegemaran mereka yang terdiri daripada Juara MotoGP 2024, Jorge Martin ditemani oleh rakan sepasukannya, Marco Bezzecchi dan 'test rider' Lorenzo Savadori.

Sebelum acara Meet & Greet ini bermula, pihak media dan para jemputan telah diberi peluang untuk menunggang uji model sport terbaru, Aprilia RS457. Selain itu, dua lagi model iaitu Tuono 660 dan RS660 turut disediakan pada sesi tersebut.

Pihak DiDi Group turut mempamerkan pelbagai model lain seperti RS660, Tuono 660, RS 457, SR GT 200 dan SR GT 200 Replica.

RR turut berkesempatan menunggang uji model baru RS457 untuk 11 lap dan cukup teruja dengan prestasinya secara keseluruhan. Tahap pecutan model ini memang mantap manakala casisnya yang bertegaran tinggi memberikan keyakinan untuk kita miringkan jentera ini di setiap selekoh.

Prestasi sistem brek untuk RS660 dan Tuono 660 jenis Brembo memang cukup padu. Namun begitu, sistem brek untuk RS457 (ByBre) juga tidak mengecewakan. Panel meter TFT yang memaparkan segala info dengan jelas sekali walaupun ketika menunggang di waktu panas terik.

Mod tunggangan paling 'best' ialah Sport kerana potensi enjin RS457 ini dapat dinikmati sepenuhnya. RR juga ada gunakan mod tunggangan Eco. Dari segi saiz tubuh badannya, model ini dirasakan lebih sesuai untuk mereka yang bertubuh sederhana.

Kami berharap akan berpeluang untuk menunggang uji ketiga-tiga model tersebut selepas ini lagi.

Ketibaan jaguh-jaguh pasukan Aprilia Racing di sebelah petang menambah kemeriahan. Jorge Martin dan Marco Bezzecchi turut berkongsikan pandangan mereka terhadap prestasi jentera perlumbaan RS-GP25 serta sasaran mereka untuk musim ini.

Menurut Jorge Martin, jentera RS-GP25 memiliki pakej hebat untuk mencabar pasukan-pasukan lain. Dengan informasi yang didapati di setiap sesi ujian serta peningkatan dilakukan sepanjang musim, Martin cukup positif untuk meraih tempat-tempat terbaik di setiap pusingan dan tidak mustahil mampu membawa pasukan Aprilia sebagai juara.

Marco Bezzechi pula ingin mengambil peluang untuk memajukan diri dengan adanya juara dunia dalam pasukan yang sama. Selepas menunggang uji, Bezzechi juga mempunyai keazaman tinggi untuk menjulang nama pasukannya di kedudukan yang disasarkan. Dia akui cukup gembira dan lebih bersemangat dalam saingan terbaru musim ini.

Bersama COO Aprilia Racing, En. Massimo Rivola, para pelumba turut meraikan sambutan Tahun Baru Cina menerusi acara melambung Yee Sang. Info: Yee Sang adalah hidangan tradisi yang dilihat sebagai simbol kepada kemewahan, kekayaan, kebahagian dan kemakmuran.

Para pemilik dan peminat Aprilia kemudiannya bergambar kenangan bersama-sama Martin dan Bezzecchi. Acara diteruskan dengan perkongsian teknik menunggang RS457 oleh Lorenzo Salvadori. Memang padu! RR

Popular

  • Model Baru

    Honda Eropah Lancarkan GL1800 Gold Wing & Gold Wing Tour

  • Warta Roda

    Remaja Lemas Motosikal Terbabas Ke Dalam Sungai

  • Model Baru

    Triumph Perkenalkan Speed Triple 1200 RS Dengan Prestasi & Pengendalian Lebih Cemerlang

  • Warta Roda

    Penunggang Maki Polis Telah Ditahan

  • Dari Litar

    MotoGP Winter Test 2025: Prestasi Pasukan Honda HRC Repsol Positif

Artikel berkaitan

Remaja Lemas Motosikal Terbabas Ke Dalam Sungai

Penunggang Maki Polis Telah Ditahan

3 Kedai Terbakar, 40 Motosikal dan Kereta Musnah

Angkut Motosikal Curi Guna Van Sekolah

Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Beri Kepuasan Menunggang

Yamaha 135LC FI Hadir Dengan 4 Warna Terbaru

MPV rempuh 5 kenderaan, 1 penunggang motosikal maut.

Selisih faham punca kejadian tular Hilux, Vios langgar lari

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Selisih faham punca kejadian tular Hilux, Vios langgar lari

Perselisihan faham ketika berhibur dipercayai menjadi punca sekumpulan individu dirempuh dua kenderaan dalam kejadian di Jalan Klang Lama, Selasa lalu.

Warta Roda

Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan 2 tawaran hebat menarik buat para pelanggan Yamaha menerusi aplikasi GENBLU Rewards App (GBR App) bermula dari 6hb Januari hingga 31 Mac 2025 ini.

Pandu Uji

Honda NX500: Lebih Padu... Lebih Syok...

Honda NX500 hadir ke pasaran negara pada harga asas RM37,099 dengan tiga warna menarik iaitu Pearl Horizon White, Grand Prix Red dan Mat Gun Powder Black Metallic.

Kembara

900 Kilometer Dengan Suzuki Hayabusa

Ini adalah pengakuan jujur... model panjang dan besar dari Suzuki iaitu Hayabusa memang antara motosikal idaman aku dari remaja lagi.