Yamaha 135LC FI Hadir Dengan 4 Warna Terbaru
![](https://sutera.rodaroda.my/images/uploads/covers/_large/Untitled-1_609.jpg)
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) menampilkan model popular, 135LC FI dengan tiga pilihan warna terbaru dan 1 warna istimewa untuk versi Special Edition (SE). Warna-warna tersebut ialah Aqua Blue, Sandstorm, Moss Green dan warna Red Titan untuk versi SE.
Yamaha 135LC merupakan antara jentera moped pailng popular di Malaysia. Selain memiliki rekabentuk keseluruhan yang cantik, model ini juga menawarkan prestasi enjin yang padu dan tahan lasak. Ia disempurnakan dengan enjin 135cc, sistem penyejuk cecair, EU4 yang berkuasa 9.3kW pada 8,000rpm dan tork 12.2Nm pada 6,000rpm.
Sejak versi pertama yang diperkenalkan ke pasaran negara pada tahun 2005 lalu dan serta menjadi fenomena disebabkan spesikasinya yang cukup moden ketika itu khususnya enjin sejukan cecair. Pelbagai versi baru dilancarkan tahun demi tahun dengan pelbagai peningkatan yang sesuai dengan peredaran zaman dan minat para penunggang motosikal yang sering berubah-ubah.
Yamaha 135LC 2025 ini ditawarkan pada harga RM8,298 (versi standard) manakala versi SE pula boleh dimiliki pada harga RM8,798 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).
Setiap pembelian (versi standard) akan menerima Pengunci Cakera bernilai RM100 manakala para pelanggan yang membeli versi SE pula akan menerima penambahan Sport Visor dan Yamaha Premium Basket dan unit pengecas USB Type-C. RR
Popular