Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Februari 2025

MPV rempuh 5 kenderaan, 1 penunggang motosikal maut.

KAJANG - Seorang penunggang motosikal maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat - Ampang, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian pada jam 4.45 petang, empat buah motosikal serta sebuah kereta dari arah Hulu Langat menghala ke Ampang.

"Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang datang dari arah Ampang telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang penunggang motosikal tercampak dan jatuh di tepi jalan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Naazron berkata, akibat dari kemalangan itu, mangsa dikenal pasti sebagai Aysar Zahran Saiful Alimin, 20, yang menunggang sebuah motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Lima lagi penunggang dan pembonceng motosikal yang lain dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapat rawatan.

"Pemandu kedua-dua kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua mereka yang terlibat kemalangan berusia 17 hingga 38 tahun," katanya.

Naazron berkata, punca kejadian belum diketahui.

"Seorang lelaki berusia 27 tahun yang memandu Perodua Alza telah ditahan, kenderaan akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Narolhisyam Endi di talian 019-5897115.

"Pihak polis menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah, sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan berhati-hati semasa memandu," katanya. RR

sumber: https://www.sinarharian.com.my

Popular

  • Dari Litar

    Yamaha Lancarkan 2 pasukan MotoGP, 1 pasukan Moto2 Di Malaysia

  • Warta Roda

    Selisih faham punca kejadian tular Hilux, Vios langgar lari

  • Warta Roda

    Bengkel motosikal terbakar, sekurang-kurangnya 24 buah motosikal hangus dijilat api

  • Dari Litar

    Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Bakal Guna Ducati GP25

  • Warta Roda

    Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

Artikel berkaitan

Selisih faham punca kejadian tular Hilux, Vios langgar lari

Bengkel motosikal terbakar, sekurang-kurangnya 24 buah motosikal hangus dijilat api

Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

Jenazah Suami Isteri Maut Di Thailand Selamat Dikebumikan

SUZUKI Malaysia Anjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya & OP Selamat

Akibat marah dibuli, lelaki bakar 9 buah rumah dan 18 motosikal

Jentera 'Backhoe' Tukar Haluan, Pembonceng Motosikal Maut

MODA Media Test Ride - Peluang Merasa SPORTER-S 250

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Menarik Dari Yamaha Dengan GENBLU Rewards!

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan 2 tawaran hebat menarik buat para pelanggan Yamaha menerusi aplikasi GENBLU Rewards App (GBR App) bermula dari 6hb Januari hingga 31 Mac 2025 ini.

Warta Roda

SUZUKI Malaysia Anjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya & OP Selamat

Majlis Perasmian Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya 2025 telah dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor dengan kerjasama Pengurusan Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ Selangor), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) danĀ  Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. (SMSB)

Warta Roda

Jentera 'Backhoe' Tukar Haluan, Pembonceng Motosikal Maut

Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal ditunggang teman lelakinya melanggar tayar kanan hadapan jentera pengorek kaut (backhoe) yang dipercayai mengubah laluan di Kilometer (km) 41 Jalan Johor Bahru- Ayer Hitam di sini, pada Selasa.

Kembara

900 Kilometer Dengan Suzuki Hayabusa

Ini adalah pengakuan jujur... model panjang dan besar dari Suzuki iaitu Hayabusa memang antara motosikal idaman aku dari remaja lagi.