Bengkel motosikal terbakar, sekurang-kurangnya 24 buah motosikal hangus dijilat api
JOHOR BAHRU – Sekurang-kurangnya 24 buah motosikal hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Syaban, Kampung Bendahara, di sini, awal pagi hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Muhamad Syahhir Ikhwan Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran, 3.56 pagi.
Katanya, seramai 20 anggota dari BBP Tebrau dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran itu menyebabkan bengkel musnah kira-kira 80 peratus namun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa. Turut terbakar ialah 24 motosikal,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muhamad Syahhir berkata, operasi pemadaman yang tamat pada pukul 5.30 pagi.
Ujarnya, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. RR
sumber: https://www.kosmo.com.my/
Popular