Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Januari 2025

Jentera 'Backhoe' Tukar Haluan, Pembonceng Motosikal Maut

KULAI - Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggang teman lelakinya telah melanggar tayar kanan hadapan jentera pengorek kaut (backhoe) yang dipercayai mengubah laluan di Kilometer (km) 41 Jalan Johor Bahru- Ayer Hitam di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, siasatan awal mendapati kemalangan pada kira-kira jam 10.20 pagi itu berlaku apabila jentera pengorek kaut dalam perjalanan ke arah Johor Bahru telah mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan.

"Akibatnya motosikal ditunggang lelaki berusia 20 tahun bersama pembonceng remaja perempuan berusia 18 tahun yang berada di lorong kanan telah hilang kawalan sebelum melanggar tayar kanan hadapan jentera pengorek kaut.

"Penunggang dan pembonceng motosikal telah tercampak ke laluan bertentangan dan menyebabkan pembonceng mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia.

"Penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri manakala pemandu jentera pengorek kaut iaitu lelaki tempatan berusia 48 tahun tidak mengalami kecederaan," ujarnya dalam kenyataan pada Selasa. RR

sumber: https://www.sinarharian.com.my

Popular

  • Pandu Uji

    Honda NX500: Lebih Padu... Lebih Syok...

  • Dari Litar

    Pasukan Aprilia Racing 2025: Martin dan Bezzecchi Sedia Menggempur...

  • Dari Litar

    Ducati Lenovo Team: Bagnaia & Marcquez, Gabungan Terbaik?

  • Model Baru

    Modenas Kriss 125 Fi Diperkenalkan - Harga Bermula RM5,620

  • Dari Litar

    MotoGP: Gresini Racing Lancar Liveri 2025 & Perkenalkan Barisan Pelumbanya

Artikel berkaitan

MODA Media Test Ride - Peluang Merasa SPORTER-S 250

Yamaha YZF-R15M 2025 Tampil Dengan Warna Signature Black

Suzuki Malaysia Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya 2025

Kemalangan Tiga Kenderaan: Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Penunggang Motosikal Maut 'Dilibas' Kabel Elektrik

Ducati Multistrada V2 - Paling Ringan Dalam Kelasnya

Pegawai Kanan Polis Memandu Ativa Yang Merempuh Penunggang Motosikal Dipercayai 'Microsleep'

Pelajar Tingkatan Empat Maut Kemalangan Motosikal

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODA Media Test Ride - Peluang Merasa SPORTER-S 250

MODA Motorcycles Malaysia telah menganjurkan sesi tunggang uji ringkas bersama media di LakeSide@SIC Sepang.

Dari Litar

MotoGP 2025: Monster Energy Yamaha MotoGP & Prima Pramac Yamaha Akan Diperkenalkan Di Malaysia

Setakat ini, Monster Energy Yamaha MotoGP dan Prima Pramac Yamaha hampir pasti akan melancarkan pasukan mereka di Malaysia bersempena bermulanya musim baru, 2025.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Maut 'Dilibas' Kabel Elektrik

Seorang penunggang motosikal maut dipercayai dilibas kabel elektrik yang tersangkut pada lori kren dalam kejadian di Jalan Kulim.

Model Baru

MV AGUSTA F3 COMPETIZIONE: Mungkin Antara Rekaan Tercantik?

Model supersport F3 Competizione ditampilkan oleh MV Agusta yang cukup elegan dan ia mentakrifkan semula standard sesebuah jentera dalam segmen Supersport.