Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Januari 2025

Kemalangan Tiga Kenderaan: Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

ISKANDAR PUTERI – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Linkedua, Arah Selatan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, siasatan mendapati nahas terbabit dipercayai berlaku kira-kira pada jam 4.03 minit petang di lokasi berkenaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis BMW 1250 sedang bergerak lurus di lorong kiri telah melanggar bahagian belakang sisi kiri sebuah kereta jenis Perodua Axia di hadapannya.

“Akibat perlanggaran itu, kereta Perodua Axia telah hilang kawalan lalu melanggar kereta jenis Honda Accord di lorong kanan.

“Penunggang motosikal telah jatuh ke bahu kiri jalan dan mengalami kecederaan di bahagian leher dan mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan ambulans.,” katanya.

Beliau berkata, mangsa merupakan seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun manakala pemandu kereta Perodua Axia dan Honda Accord tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau merbahaya dan siasatan lanjut masih diteruskan. RR

Popular

  • Warta Roda

    Jentera 'Backhoe' Tukar Haluan, Pembonceng Motosikal Maut

  • Pandu Uji

    Honda NX500: Lebih Padu... Lebih Syok...

  • Dari Litar

    Pasukan Aprilia Racing 2025: Martin dan Bezzecchi Sedia Menggempur...

  • Dari Litar

    Ducati Lenovo Team: Bagnaia & Marcquez, Gabungan Terbaik?

  • Model Baru

    Modenas Kriss 125 Fi Diperkenalkan - Harga Bermula RM5,620

Artikel berkaitan

Jentera 'Backhoe' Tukar Haluan, Pembonceng Motosikal Maut

MODA Media Test Ride - Peluang Merasa SPORTER-S 250

Yamaha YZF-R15M 2025 Tampil Dengan Warna Signature Black

Suzuki Malaysia Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya 2025

Penunggang Motosikal Maut 'Dilibas' Kabel Elektrik

Ducati Multistrada V2 - Paling Ringan Dalam Kelasnya

Pegawai Kanan Polis Memandu Ativa Yang Merempuh Penunggang Motosikal Dipercayai 'Microsleep'

Pelajar Tingkatan Empat Maut Kemalangan Motosikal

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha YZF-R15M 2025 Tampil Dengan Warna Signature Black

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya mengumumkan ketibaan Yamaha YZF-R15M 2025 dengan pilihan warna yang terbaru iaitu Signature Black.

Model Baru

Hong Leong Yamaha Lancarkan NMAX155 ABS 2025. Harga dari RM11,498

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan skuter terbaru, NMAX155 ABS 2025 yang menawarkan rekabentuk lebih moden dan beberapa ciri-ciri baru yang lebih praktikal dan cantik.

Pandu Uji

KYMCO AK550: Mewah, Elegan & Praktikal

Kerjasama strategik di antara MODENAS dan Kymco terjalin bermula pada tahun 2016 lalu dan berjaya memperkenalkan model Downtown 250i yang memiliki prestasi yang cukup mengagumkan.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Perkenalkan Skuter Elektrik Terbaru, Zeeho AE8 S+

Bersempena dengan pembukaan CFMOTO Flagship Store TR Motorworld Sdn Bhd, CFMOTO Malaysia telah melancarkan skuter terbarunya dari Zeeho iaitu AE8 S+ ke pasaran negara.