Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Januari 2025

Pegawai Kanan Polis Memandu Ativa Yang Merempuh Penunggang Motosikal Dipercayai 'Microsleep'

SHAH ALAM - Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Kilometer 32 Jalan Klang-Teluk Intan, Jeram di Kuala Selangor, Selasa lalu, disahkan merupakan pegawai kanan polis yang bertugas di Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya memberi jaminan siasatan dijalankan secara telus dan adil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum kes dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.

Katanya, pegawai terbabit kini sedang mendapat rawatan di hospital akibat kecederaan dalam kemalangan terbabit.

"Semasa kejadian, pegawai terbabit sedang bercuti.

"Kita akan ambil tindakan wajar dan siasatan telah dimulakan.

"Ujian saringan air kencing pegawai terbabit negatif dadah dan berdasarkan rakaman video kejadian yang tular dipercayai 'microsleep’ (terlelap sejenak). Bagaimanapun kita tunggu laporan daripada pihak trafik," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Jumaat.

Tambahnya, polis sedang melengkapkan siasatan daripada saksi, selain rakaman kamera papan pemuka (dashcam) serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah di kawasan kejadian.

Menurut Hussein, beliau percaya siasatan dapat dilengkapkan secepat mungkin.

Dalam kejadian pada 6.11 petang itu, mangsa berusia 57 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Wave itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Klang ke rumahnya di Kuala Selangor dilanggar sebuah Perodua Ativa dari arah bertentangan.

Kejadian mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke kawasan parit kecil di sebelah kiri jalan.

Mangsa yang juga kakitangan klinik kesihatan mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

sumber: http://www.sinarharian.com.my

Popular

  • Warta Roda

    Jentera 'Backhoe' Tukar Haluan, Pembonceng Motosikal Maut

  • Pandu Uji

    Honda NX500: Lebih Padu... Lebih Syok...

  • Dari Litar

    Pasukan Aprilia Racing 2025: Martin dan Bezzecchi Sedia Menggempur...

  • Dari Litar

    Ducati Lenovo Team: Bagnaia & Marcquez, Gabungan Terbaik?

  • Model Baru

    Modenas Kriss 125 Fi Diperkenalkan - Harga Bermula RM5,620

Artikel berkaitan

Jentera 'Backhoe' Tukar Haluan, Pembonceng Motosikal Maut

MODA Media Test Ride - Peluang Merasa SPORTER-S 250

Yamaha YZF-R15M 2025 Tampil Dengan Warna Signature Black

Suzuki Malaysia Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya 2025

Kemalangan Tiga Kenderaan: Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Penunggang Motosikal Maut 'Dilibas' Kabel Elektrik

Ducati Multistrada V2 - Paling Ringan Dalam Kelasnya

Pelajar Tingkatan Empat Maut Kemalangan Motosikal

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pasukan Aprilia Racing 2025: Martin dan Bezzecchi Sedia Menggempur...

Pasukan Aprilia menyifatkan musim ini sebagai Era Baru untuk mereka dengan kehadiran dua pelumba berbakat, Jorge Martin, Juara MotoGP 2024 dan Marco Bezzecchi.

Pandu Uji

Kemunculan Semula Moto Morini Cukup Mantap Dengan Calibro & Calibro Bagger 700

Ya..kemunculan semula Moto Morini disaksikan dunia selepas pemerolehannya pada bulan Oktober 2018 oleh pengeluar dari China, Zhongneng.

Model Baru

MV AGUSTA F3 COMPETIZIONE: Mungkin Antara Rekaan Tercantik?

Model supersport F3 Competizione ditampilkan oleh MV Agusta yang cukup elegan dan ia mentakrifkan semula standard sesebuah jentera dalam segmen Supersport.

Warta Roda

Motosikal Terbabas Melanggar Pembahagi Jalan, 2 Maut.

MUAR – Seorang lelaki dan wanita maut termasuk seorang daripada mereka putus kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 130.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara.