Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi
Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka dan keenam di Malaysia yang merupakan pengedar jentera Honda berkuasa tinggi.
Honda BigWing merupakan pusat sehenti buat para peminat motosikal berkuasa tinggi yang lengkap dengan ruang pameran, pusat servis, sudut alat ganti, aksesori dan tempat istirehat dalam persekitaran berhawa dingin.
Pembukaan pusat sehenti ini turut dijayakan oleh M.P.GOH Motor Sdn Bhd yang juga merupakan pemilik bagi cawangan di Melaka. Hadir menyempurnakan majlis pelancaran iaitu Pengarah Urusan M.P.GOH Motor Sdn Bhd, En. Goh Mang Phooh bersama EXCO Melaka & Adun Kesidang, YB Tuan Allex Seah Shoo Chin, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En. Mitsuharu Funase dan Pengerusi Boon Siew Honda, Dato' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing.
Dikenali sebgai "The Destination fo Riders", ruang pameran BigWing Melaka dilengkapi dengan pebagai motosikal keluaran honda dari 250cc hinggalah 1,833cc. Antara model-model yang ada seperti seperti CBR250RR, ADV300, Transalp, NX500, X-ADV750, Gold Wing, Africa Twin dan lain-lain.
Untuk memastikan pengalaman yang menyeluruh, pusat pameran eksklusif ini turut dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan khas, pegawai jualan dan para mekanik yang terlatih.
Honda BigWing Melaka dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat pada jam 9.00am - 6.30pm manakala Ahad dibuka jam 10.00am - 5.00pm. Bagi yang mencari jentera-jentera berkuasa tinggi Honda di sekitar Melaka boleh hadir ke alamat G-1, Jalan Kerambit 3, Bandar Baru, 76300 Sungai Udang, Melaka. RR