Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 November 2024

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Gurun: Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Langkah ini merupakan hasil kerjasama di antara Pos Malaysia dan MODENAS selaku pemasang MEV-1 PRO, dan penyedia program pajakan DRB-HICOM EZ-Drive Sdn Bhd (“AVIS”) yang menunjukkan komitmen seluruh kumpulan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih bersih dan hijau demi masa hadapan.

Roslan Roskan, CEO MODENAS, menekankan komitmen syarikat untuk memajukan penyelesaian yang mampan: “Motosikal elektrik MEV-1 PRO menggambarkan dedikasi kami terhadap pilihan pengangkutan yang praktikal dan mesra alam untuk sektor B2B di Malaysia. Kami teruja untuk menyokong perjalanan hijau Pos Malaysia, dan tawaran motosikal B2C kami yang akan datang serta membolehkan lebih ramai pengguna menikmati mobiliti yang mampan dan mampu milik.”

Selepas MEV-1, edisi terbaru jentera EV dari MODENAS ini direka khusus untuk tujuan B2B (Business-to-Business). Model ini memiliki spesifikasi yang lebih baik, lebih praktikal dan dijadualkan akan dihantar kepada Pos Malaysia secara berperingkat.

Ketua EV dan Penasihat Jabatan Penyelidikan & Pembangunan MODENAS, En. Azizul Aziz Ishak, menyatakan pihaknya telah melakukan ujian menyeluruh selama setahun dengan jarak perjalanan ribuan kilometer untuk tujuan penambahbaikan jentera EV tersebut.

MEV-1 PRO disempurnakan dengan enjin berkuasa 4.3kW (5.8hp) yang berupaya membawa bebanan sehingga 250kg (jentera dan penunggang) dan berkemampuan mendaki cerun yang bersudut 19-darjah.

Antara peningkatan prestasi MEV-1 Pro:

  • Hantaran kuasa lebih mantap, mampu mendaki pada cerun lebih tinggi.
  • Sistem pengurusan enjin yang lebih efisien dari segi suhu untuk unit Vehicle Control dan Bateri - sesuai dengan corak penggunaan para petugas Pos Malaysia.
  • Mod Tunggangan (3 Tahap)
  • Brek cakera beserta sistem CBS
  • Braket lebih tegar - mampu menampung berat barangan/bebanan sehingga 40 kilogram (spesifikasi JPJ adalah 30kg).
  • Fork hadapan lebih rendah
  • Saiz-saiz tayar lebih kecil
  • Brek Parkir (jenis suis)
  • Sistem Telematik Modenas Fleet Management - 'radar' petugas yang boleh dipantau oleh pihak Pos Laju untuk data pergerakan dari segi kelajuan, lokasi dan penggunaan bateri. Menerusi sistem ini, pihak Pos Malaysia juga dapat mematikan jenteranya jika berada dalam situasi yang memerlukan.
  • Sistem Mengundur

Kelajuan standard (60km/j) dapat memberikan jarak perjalanan sejauh 140 kilometer dengan kuasa bateri penuh. Mod Tunggangan ditawarkan dalam tiga pilihan. Mod 1 (60km/j, kawasan perumahan), Mod 2 (70km/j, jalanan biasa) dan Mod 3 (95km/j, jalan terbuka).

Pihak MODENAS akan memperkenalkan model MEV-1 Pro SX untuk para pelanggan awam sekitar suku pertama tahun 2025 nanti. RR

Popular

  • Warta Roda

    Jentera 'Backhoe' Tukar Haluan, Pembonceng Motosikal Maut

  • Pandu Uji

    Honda NX500: Lebih Padu... Lebih Syok...

  • Dari Litar

    Pasukan Aprilia Racing 2025: Martin dan Bezzecchi Sedia Menggempur...

  • Dari Litar

    Ducati Lenovo Team: Bagnaia & Marcquez, Gabungan Terbaik?

  • Model Baru

    Modenas Kriss 125 Fi Diperkenalkan - Harga Bermula RM5,620

Artikel berkaitan

Jentera 'Backhoe' Tukar Haluan, Pembonceng Motosikal Maut

MODA Media Test Ride - Peluang Merasa SPORTER-S 250

Yamaha YZF-R15M 2025 Tampil Dengan Warna Signature Black

Suzuki Malaysia Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya 2025

Kemalangan Tiga Kenderaan: Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Penunggang Motosikal Maut 'Dilibas' Kabel Elektrik

Ducati Multistrada V2 - Paling Ringan Dalam Kelasnya

Pegawai Kanan Polis Memandu Ativa Yang Merempuh Penunggang Motosikal Dipercayai 'Microsleep'

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Honda NX500: Lebih Padu... Lebih Syok...

Honda NX500 hadir ke pasaran negara pada harga asas RM37,099 dengan tiga warna menarik iaitu Pearl Horizon White, Grand Prix Red dan Mat Gun Powder Black Metallic.

Kembara

900 Kilometer Dengan Suzuki Hayabusa

Ini adalah pengakuan jujur... model panjang dan besar dari Suzuki iaitu Hayabusa memang antara motosikal idaman aku dari remaja lagi.

Warta Roda

Kemalangan Tiga Kenderaan: Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

ISKANDAR PUTERI – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Linkedua, Arah Selatan pada Ahad.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Maut 'Dilibas' Kabel Elektrik

Seorang penunggang motosikal maut dipercayai dilibas kabel elektrik yang tersangkut pada lori kren dalam kejadian di Jalan Kulim.