Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 12 November 2024

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata kejadian berkenaan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa bersama beberapa motosikal berkuasa tinggi yang lain dalam perjalanan dari Segamat menuju ke Kluang.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Beliau berkata ketika tiba di tempat kejadian, mangsa bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan sebelum dilanggar oleh motosikal rakannya yang ketika itu berada di belakang. Impak daripada perlanggaran itu menyebabkan motosikal-motosikal tersebut terus terbabas.

"Motosikal ketiga yang juga rakan konvoi mangsa turut terbabas setelah terlanggar serpihan-serpihan yang ada di atas jalan kesan perlanggaran pertama dan kedua.

"Akibat kemalangan yang berlaku itu, mangsa pertama seorang lelaki berumur 64 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah cedera di leher dan organ dalaman," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulanuar berkata, mangsa yang maut beralamat di Pasir Gudang manakala penunggang dan pembonceng motosikal kedua iaitu lelaki berusia 58 tahun dan isterinya, 56, cedera.

Beliau berkata turut mengalami kecederaan ialah penunggang motosikal ketiga iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun sementara pemandu kereta yang terbabit kemalangan cedera ringan di beberapa bahagian badannya.

"Kemalangan ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.

"Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini agar dapat tampil membantu siasatan polis.

"Maklumat boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor 07-2212999 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerusi talian 07-4343999," katanya. RR

sumber: https://www.bharian.com.my/

Popular

  • Warta Roda

    Pertemuan Semula YP Azura & Dato’ Jamal Abdillah

  • Warta Roda

    Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

  • Warta Roda

    Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

  • Warta Roda

    RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

  • Model Baru

    EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Artikel berkaitan

Pertemuan Semula YP Azura & Dato’ Jamal Abdillah

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.