Hong Leong Yamaha Motor Rasmikan Space Y, Muzium Motosikal Pertama di Malaysia
Sekalung tahniah buat Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) di atas pencapaian pengeluaran motosikal mereka yang ke- 6,000,000 unit. Bersempena dengan hari bersejarah itu, pihak HLYM telah merasmikan muzium motosikal pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Space Y.
Space Y merupakan satu pembangunan dan 'hadiah' khusus buat peminat motosikal di seluruh negara. Dibangunkan di Yamaha Motor Lifestyle Station, muzium motosikal ini berkeluasan 9,000 kaki persegi yang menampilkan ruang pameran menarik yang mendekatkan kita (pengunjung) dengan sejarah/latar belakang HLYM, dunia perlumbaan, terowong inovasi, ruang interaktif, ruang tayang dan kedai cenderahati, pakaian dan barangan menarik keluaran HLYM.
Space Y juga telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Muzium Motosikal Pertama Malaysia. Muzium ini dibuka kepada umum setiap hari Isnin-Jumaat (10 pagi – 5 petang), dan Sabtu berselang setiap bulan (10 pagi – 4 petang). Sehingga 31 Disember 2024, kemasukan adalah PERCUMA dan kadar bayaran yang dikenakan (bermula 1 Januari 2025) ialah RM5.00 (dewasa) dan RM3.00 (kanak-kanak).
Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Datuk Jim Khor berkata, pengeluaran yang keenam juta (6,000,000 Roll-Out) telah berjaya direkodkan dalam tempoh 37 bulan dan ia adalah satu peningkatan jika dibandingkan dengan tempoh pengeluaran ke-5 juta sebelum ini yang memakan masa 46 bulan.
Pada majlis yang sama, pihak HLYM turut memperkenalkan Yamaha Y16ZR edisi khas 6MR0 yang ditawarkan pada harga asas RM13,668.
Untuk meraikan perasmian Space Y ini, HLYM turut menjemput para pengunjung yang terdiri daripada Dewi Yamaha, wakil-wakil pengedar dan orang awam untuk hadir pada 9 November lalu (sehari selepas majlis perasmian) untuk sama-sama merasai pengalaman menarik di Yamaha Space Y.
Selain melihat pamera-pameran menarik, pelbagai aktiviti lain telah diadakan seperti permainan menyusun puzzle, foto booth, karaoke, tayangan video dan macam-macam lagi.
Paling 'best', 100 pengunjung terawal akan menerima kopi percuma dan kempen servic percuma Yamaha. RR