Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 24 Oktober 2024

Kemalangan Maut Motosikal Akibat Langgar Kerbau

MARAN - Perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau di Kilometer (KM)29 Jalan Temerloh-Bandar Jengka di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, kemalangan melibatkan tiga motosikal iaitu jenis Honda NF1004-MA, Yamaha 135LC ES dan Yamaha Y15ZR.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.

Menurutnya, mangsa iaitu Kamarulzaman Ariffin, 54, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal Honda NF1004-MA dari arah Jengka 16 menghala ke arah tempat kerja di Hospital Temerloh.

Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.
Kredit foto: Saluran telegram Info/Kemalangan/Jenayah/BencanaMalaysia.

"Apabila sampai di lokasi kemalangan, dipercayai tiba-tiba seekor kerbau melintas dari kiri ke kanan jalan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar kerbau tersebut," katanya.

Ujarnya, dua motosikal lain iaitu Yamaha 135LC ES dan Yamaha Y15ZR turut melanggar kerbau yang terbaring di tengah jalan.

"Penunggang Yamaha 135LC ES iaitu remaja lelaki berusia 15 tahun cedera dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pekan Awah manakala penunggang Yamaha Y15ZR iaitu lelaki berusia 21 dirawat di Hospital Temerloh," tambahnya.

Ujar Mohamad Zamri, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987. RR

sumber: http://www.sinarharian.com.my

Popular

  • Dari Litar

    Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

  • Dari Litar

    Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

  • Warta Roda

    Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

  • Warta Roda

    SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

  • Warta Roda

    KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Artikel berkaitan

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Suzuki Monsoon Getaway 2.0 - Meriah!

Mforce Bike Perkenalkan CFMOTO 500SR VOOM. Harga asas RM35,888

Polis Mengesan Penunggang & Pembonceng Motosikal Melakukan Aksi 'Wheelie' Hingga Langgar Kereta

3 Warna Baru Yamaha EGO Gear. Harga asas RM5,998

Penyunting Video Maut, Motosikal Terbabas di Lebuhraya MEX

Disyorkan untuk anda
Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.

Warta Roda

Polis Mengesan Penunggang & Pembonceng Motosikal Melakukan Aksi 'Wheelie' Hingga Langgar Kereta

Polis kini mengesan penunggang dan pemboceng yang melakukan aksi 'Wheelie' sehingga melanggar kenderaan lain.

Warta Roda

Penyunting Video Maut, Motosikal Terbabas di Lebuhraya MEX

Seorang penyunting video di sebuah syarikat televisyen berbayar maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 8.5 Lebuhraya Maju Ekspress (MEX), dekat sini, hari ini.