Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 22 Oktober 2024

Mforce Bike Perkenalkan CFMOTO 500SR VOOM. Harga asas RM35,888

Bersempena dengan perasmian CFMOTO Flagship Store yang beroperasi di Bandar Rinching, Semenyih baru-baru ini, pihak Mforce Bike Holdings Sdn Bhd denganbangganya melancarkan model neo-retro baru iaitu 500SR Voom.

Para VVIP merasmikan CFMOTO Flagship Store yang beroperasi di bandar Rinching.
Para VVIP merasmikan CFMOTO Flagship Store yang beroperasi di bandar Rinching.

Jentera empat silinder pertama dari CFMOTO ini diilhamkan daripada rekabentuk motosikal tahun 1990an dan ditawarkan pada harga asas RM35,888 (tidak termasuk insurans) dan ditawarkan dalam dua warna iaitu Zephyr Blue dan Nebula White.

CFMOTO 500SR Voom baru ini mempunyai tarikan yang tersendiri iaitu menerusi rekaan lampu Daytime Running Light (DRL) berbentuk 'gelung cahaya' yang melingkari saluran kemasukan udara. Memang cantik tetapi sebenarnya, lampu utama 500SR Voom ini berbentuk empat segi, terletak di bawah saluran kemasukan udara itu.

Jentera gaya retro ini dilengkapkan dengan enjin 499cc, 4-silinder sebaris, bersesaran 500cc yang berkuasa 81.8hp pada 12,500rpm dan tork 49Nm pada 10,000rpm. Model ini juga hadir dengan fork hadapan jenis USD, lengan ayun aluminium dengan penyerap hentak jenis tunggal.

Rekaan bahagian belakang 500SR Voom ini memang unik. Pelana pembonceng kecil (seperti jentera sport lain) dan 'dikepit' oleh sepasang ekzos pendek di kiri dan kanan. Bunyinya juga padu.

Untuk pengendalian yang mantap, 500SR Voom didatangkan dengan steering damper dan sistem bantuan elektronik seperti sistem Traction Control, Emergency Stop Signal (ESS), Clutchless Up-shifter, CF-SC Slipper Clutch, Port Pengesas (Type C), CFMOTO Ride App, dan panel meter TFT 5-inci.

Tayar hadapannya bersaiz 120/70 R17 dipadankan dengan brek cakera 300mm manakala tayar belakang  (160/60 R17) pula seiringan dengan brek cakera bersaiz 220mm yang kedua-dua lengkap dengan sistem ABS.

CFMOTO Flagship Store yang baru dirasmikan ini menawarkan ruang pameran yang selesa. Terdapat pelbagai model baru yang 'menanti' kedatangan para pelanggan. Selain itu, terdapat pelbagai kelengkapan bermotor lain yang boleh dimiliki seperti baju t, topi keledar, jaket dan lain-lain.

Untunglah pemilik CFMOTO. Pusat pengedar ini terletak di Kedai Motosikal Tenaga Sdn Bhd, No.1 Jalan 5/6, Bandar Rinching, Seksyen 5, 43500 Semenyih, Selangor. RR

Popular

  • Dari Litar

    Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

  • Dari Litar

    Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

  • Warta Roda

    Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

  • Warta Roda

    SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

  • Warta Roda

    KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Artikel berkaitan

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Kemalangan Maut Motosikal Akibat Langgar Kerbau

Suzuki Monsoon Getaway 2.0 - Meriah!

Polis Mengesan Penunggang & Pembonceng Motosikal Melakukan Aksi 'Wheelie' Hingga Langgar Kereta

3 Warna Baru Yamaha EGO Gear. Harga asas RM5,998

Penyunting Video Maut, Motosikal Terbabas di Lebuhraya MEX

Disyorkan untuk anda

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.

Model Baru

Aveta VTM 250 Masuki Pasaran Negara - Harga Asas Bermula RM12,988

Aveta Global Marketing Sdn Bhd telah menambah rangkaian motosikal adventure mereka, VTM 250.

Warta Roda

Pemain bola sepak Dungun FA Terlibat Dalam Kemalangan Maut Melibatkan Motosikal

Seorang polis bantuan maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan yang juga melibatkan tiga buah kenderaan.

Warta Roda

Serang Polis Guna Spanar, Takut Ditahan Tunggang Motosikal Curi

Seorang lelaki bertindak menyerang anggota polis menggunakan spanar kerana takut ditahan tunggang motosikal curi.