Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 21 Oktober 2024

Polis Mengesan Penunggang & Pembonceng Motosikal Melakukan Aksi 'Wheelie' Hingga Langgar Kereta

Kuala Terengganu - Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang penunggang motosikal jenis EX5 bersama pembonceng wanita yang melakukan aksi 'Wheelie' di hadapan stesen minyak Teluk Ketapang, Kuala Nerus.

Kejadian berlaku sekitar jam 6.37 petang dimana penunggang dan pemboceng melakukan aksi 'Wheelie' sebelum terjatuh dan motosikal mereka telah melanggar kereta jenis Produa Myvi yang berada di laluan bertentangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, pihaknya telah menerima laporan daripada pemandu kereta tersebut pada jam 9.00 malam.

"Pemandu wanita berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari arah Dataran Austin menghala ke Teluk Ketapang. Sebaik sahaja tiba dilokasi, penunggang dan pemboceng motosikal dari arah Jalan Kem Askar membuat aksi merbahaya 'Wheelie' dan terjatuh sebelum melanggar kenderaan tersebut," tambahnya.

Penunggang dan pemboceng bertindak melarikan diri selepas kejadian itu. Pemandu wanita tersebut membuat laporan untuk tindakan lanjut.

Pihak polis kini mengesan penunggang dan pemboceng motosikal terbabit di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

Sumber berita: http://hmetro.com.my

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.