Warna Baru Honda Africa Twin Diperkenalkan
Boon Siew Honda Sdn. Bhd (BSH) menampilkan warna terkini untuk Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES yang tersedia dalam Matte Iridium Grey Metallic dan Pearl Glare White yang hadir bersama rekacorak lebih segar.
CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES berwarna baru ini akan tersedia di semua pengedar sah Honda BigWing di seluruh negara, dianggarkan mulai 10 Oktober 2024, dengan asas RM119,388 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES Honda CRF1100L Africa Twin disempurnakan dengan OHC 1084cc, OHC, silinder berkembar, sistem sejukan cecair untuk perjalanan singkat atau pengembaraan jarak jauh.
Honda telah melakukan penambahbaikan enjin yang memberikan peningkatan tork sehingga 7% dengan kuasa maksimum 75kW pada 7,500rpm dan tork 112Nm pada 5,500rpm. Memang padu!
Roda hadapan bersaiz 19-inci, menawarkan kestabilan tinggi dengan ketara semasa menunggang di atas jalanan biasa dan pada masa yang sama memiliki keupayaan untuk beraksi cemerlang di laluan lasak termasuklah di permukaan rupa bumi yang kasar. RR
Ciri-ciri menarik:
- kelegaan tanah 220mm
- tinggian pelana boleh laras (820mm dan 840mm)
- rekaan bentuk kusyen yang selesa untuk perjalanan jarak jauh
- pengadang angin baru yang lebih efisien
Popular