Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 8 Oktober 2024

Pemain bola sepak Dungun FA Terlibat Dalam Kemalangan Maut Melibatkan Motosikal

DUNGUN: Seorang polis bantuan maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan yang juga melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 5, Jalan Dungun-Bukit Besi berhampiran Kampung Che Lijah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 malam, Muhammad Aidi Kasim, 25, yang juga merupakan pemain bola sepak Dungun FA meninggal dunia setelah mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, kemalangan itu melibatkan motosikal yang ditunggang mangsa jenis Honda RS150R serta dua buah kereta iaitu Perodua Alza dan Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 19 dan 24 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang sedang menunggang motosikal menghala ke tempat kerjanya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi, tidak sempat mengelak Perodua Alza yang berada di bahu jalan sebelah kiri dan secara tiba-tiba masuk ke laluan motosikal itu yang sedang bergerak terus di jalan utama.

“Akibat jarak terlalu dekat, Muhammad Aidi tidak sempat mengelak lalu terlanggar pada bahagian tepi sebelah kanan Alza tersebut,” katanya.

Maizura berkata, kemudiannya datang pula sebuah Perodua Myvi dari arah Dungun, merempuh Muhammad Aidi yang ketika itu terjatuh di atas jalan.

“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Alza dan Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

sumber: https://www.utusan.com.my

Popular

  • Dari Litar

    Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

  • Dari Litar

    Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

  • Warta Roda

    Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

  • Warta Roda

    SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

  • Warta Roda

    KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Artikel berkaitan

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Kemalangan Maut Motosikal Akibat Langgar Kerbau

Suzuki Monsoon Getaway 2.0 - Meriah!

Mforce Bike Perkenalkan CFMOTO 500SR VOOM. Harga asas RM35,888

Polis Mengesan Penunggang & Pembonceng Motosikal Melakukan Aksi 'Wheelie' Hingga Langgar Kereta

3 Warna Baru Yamaha EGO Gear. Harga asas RM5,998

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

Akhirnya model kembara, GSX-S1000GX sudah pun tiba di pengedar rasmi Suzuki dengan harga jualan rasmi RM89,900.

Warta Roda

Boon Siew Honda Melancarkan Dua Warna Baru Honda ADV160

Boon siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah mengumumkan dua warna baru bagi skuter adventure mereka iaitu Honda ADV160.

Warta Roda

Serang Polis Guna Spanar, Takut Ditahan Tunggang Motosikal Curi

Seorang lelaki bertindak menyerang anggota polis menggunakan spanar kerana takut ditahan tunggang motosikal curi.

Warta Roda

Boon Siew Honda Jalin Kerjasama Dengan MARA - Memperkukuhkan Pendidikan Teknikal & Vokasional (TVET) Dalam Sektor Automotif

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan kerjasama mereka dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA)memajukan lagi TVET dalam bidang permotoran dan automotif.