Beli Honda RS-X, Boleh Claim Touch 'n Go e-Wallet Bernilai RM300
Berita gembira di mana Boon Siew Honda (BSH) telah menganjurkan kempen 'Beli Honda RSX dan Dapatkan RM300 Touch 'n Go e-Wallet' secara percuma.
Untuk menyertai kempen ini amat mudah. Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Peserta hanya perlu membeli model Honda RS-X terlebih dahulu di mana-mana Impian X atau pusat pengedar Honda yang sah dan mendaftar kenderaan tersebut sepanjang tempoh kempen dari 7hb hingga 31hb Oktober 2024.
- Daftar akaun di paltform digital 'Honda X' melalui QR Kod atau layari http://hondax.boonsiewhonda.com.my/ dan ikuti cara mendaftar seperti gambar di bawah. Sila masukkan nombor telefon yang didaftarkan sama seperti di aplikasi Touch 'n Go e-Wallet untuk tuntutan hadiah.
- Pastikan semua butiran dan maklumat motosikal adalah tepat semasa log masuk pertama kali di platform 'Honda X'
Pihak penganjur akan mengesahkan setiap penyertaan dan menghantar arahan kepada TNG Digital Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah yang akan dikreditkan terus ke akaun Touch 'n Go peserta yang layak.
Segala terma dan syarat serta kelayakan boleh lihat pautan di sini https://boonsiewhonda.com.my/wp-content/uploads/2024/10/RS-X-TnG-Campaign_Terms-Conditions_Oct-4.pdf?fbclid=IwY2xjawFwZOhleHRuA2FlbQIxMAABHVX2gxQ8UR4SNHtTSmYQ_ZcD04Re4bTX78COste3w3GRumbt2zF0vhvQYQ_aem_7m-BwM7KF9_rRcrkgijgxg
Secara ringkas berkenaan Honda RS-X, model ini didatangkan dengan enjin satu silinder, DOHC beserta sistem penyejuk cecair. Enjin bertransmisi enam kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8kW pada 9,000rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000rpm.
Selain diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV), Honda RS-X turut menerima penarafan lima bintang penilaian keselamatan motosikal MyMAP.
Antara kelengkapan lain adalah paparan meter LCD, lampu-lampu LED, suntikan bahan api PGM-Fi, tangki bahan api 4.5 liter, dan berat 122kg.
Bagi mereka yang sedang mencari motosikal, inilah peluang anda untuk menikmati RM300 TnG e-Wallet secara percuma. RR
Popular