Pengorbanan Seorang Abang Demi Menemani Adiknya
Baru-baru ini tular di media sosial di atas pengorbanan seorang abang yang sanggup menunggang motosikal hampir 600 kilometer demi menemani adiknya mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kisah itu dikongsi di Facebook rasmi UUM semalam.
Ee Tai Qing, 27, merupakan seorang penjual buah-buahan sanggup menunggang motosikal jenis Honda Wave Alpha 110 bewarna Kuning dari Sungai Udang, Melaka ke UMM untuk menemani adiknya, Ee Tai Zhi berumur 21 tahun mendaftar sebagai pelajar baharu di universiti tersebut.
Pengorbanan Tai Qing menarik perhatian Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed yang menyatuni kehadiran dia serta adiknya.
Menurut Tai Qing, dia memulakan perjalanan sejak Ahad lalu manakala adiknya menaiki bas dari Melaka selepas menerima tawaran belajar di UUM mengikut Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti.
Perjalanannya dengan menunggang motosikal mengambil masa selama dua hari dan berhenti berehat pada sebelah malam untuk tiba di UUM.
Tai Zhi turut berjanji akan belajar bersungguh-sungguh selepas kuliahnya bermula. Dia juga tidak menduga menerima tawaran program yang diminati dan ingin menimba pengalaman baru di Lembah Sintok.
Seramai 4,195 pelajar baharu yang mendaftar di UUM Sintok semalam. Rata-ratanya terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa yang mengikuti 48 program pengajian Sarjana Muda sesi 2024/2025. RR
Sumber berita: http://hmetro.com.my
Popular