Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 26 September 2024

Gagal Meletakkan Papan Tanda Amaran, Pemaju Hanya Dikompaun RM1,000?

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 ke atas sebuah syarikat pemaju perumahan kerana gagal meletakkan papan tanda amaran berhampiran tong roro di laluan kecemasan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA). Insiden itu telah meneybabkan kemalangan tragis yang meragut nyawa dua orang beradik.

Dalam kejadian pada petang Isnin, penunggang motosikal berumur 18 tahun bersama adik bongsunya yang berumur 5 tahun dalam perjalanan menziarahi pusara bapanya berakhir selepas kedua-dua maut merempuh tong sampah roro.

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Shadan Othman, "Hasil pemeriksaan oleh penguatkuasa MBMB di lokasi hanya mendapati satu kon sahaja yang diletakkan tetapi tiada sebarang papan tanda amaran yang sepatutnya dipasang pada jarak bersesuaian dari tong roro tersebut."

"Kami juga ingin menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mengikut peraturan berkaitan meletakkan tong roro atau sebarang halangan tanpa tanda amaran yang jelas," tambahnya

Kemalangan yang berlaku turut disaksikan oleh ibunya, 40, yang mengekorinya dari belakang dengan motosikal lain untuk ke Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu. RR

Sumber berita: http://www.buletintv3.my/

Popular

  • Warta Roda

    Pengeluaran motosikal bulan Ogos di Vietnam menurun...hanya sekitar 280,000 unit sahaja.

  • Dari Litar

    CP150: Mampukah Pelumba Lain Menggugat Kedudukan 1-2 Pasukan CKJ Racing?

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Maut Mengelak Lopak Air

  • Pelebaran Jalan Stesen dan Jalan Ismail Atasi Isu Kesesakan Trafik

  • Model Baru

    Voge RR 660 S 2025 Bakal Masuki Malaysia Tahun Depan?

Artikel berkaitan

Pengeluaran motosikal bulan Ogos di Vietnam menurun...hanya sekitar 280,000 unit sahaja.

Penunggang Motosikal Maut Mengelak Lopak Air

Tangani Gelaja Lumba haram: Polis minta orang ramai tularkan kereta, motosikal yang diubah suai

Kemalangan Maut Motosikal Langgar Tong Roro

CFMOTO Flagship Store - Icity Motoworld Shah Alam Dibuka Secara Rasmi

Padah Langgar Lampu Merah Di Persimpangan

Dua Lagi Warna Baru Honda Vario 160 Diperkenalkan – Harga Bermula RM10,198

Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

WIRA: Farres Putra vs Md Akif, Siapa Akan Mendominasi Litar Jempol?

Siapakah yang akan mendominasi pusingan kelapan Kejuaaran PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di litar Jempol Negeri Sembilan hujung minggu ini?

Warta Roda

Kemalangan Maut Motosikal Langgar Tong Roro

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang membonceng motosikal bersama abangnya maut selepas merempuh tong roro yang berada di laluan kecemasan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA)

Warta Roda

Dua Lagi Warna Baru Honda Vario 160 Diperkenalkan – Harga Bermula RM10,198

Boon Siew Honda mengumumkan dua lagi warna tambahan bagi skuter Vario 160 iaitu Biru dan Merah.

Warta Roda

Bagi Menghormati Insiden Tanah Jerlus, DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

Bagi menghormati mangsa tanah jerlus dan beberapa insiden yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur, DBKL membatalkan Sambutan Ambang Kemerdekaan 2024.