Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 23 September 2024

CFMOTO Flagship Store - Icity Motoworld Shah Alam Dibuka Secara Rasmi

CFMOTO Malaysia dengan bangganya merasmikan pembukaan CFMOTO Flagship Store - Icity Motoworld yang terletak di Shah Alam.

CFMOTO Flagship Store Shah Alam diuruskan oleh Icity Motoworld Sdn Bhd beralamat di No. 7, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Waktu operasi adalah setiap hari (kecuali Ahad) pada jam 9 pagi hingga 7 petang.

Bagi menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya, kedai ini turut menawarkan ruang pameran yang luas dan dikemaskan dengan pelbagai model terkini CFMOTO serta dilengkapi sistem penghawa dingin untuk keselesaan. Terdapat juga perkhidmatan lepas jualan, pusat servis, alat ganti tulen, peralatan menunggang, aksesori dan topi keledar.

CFMOTO Flagship Store bukan sekadar bilik pameran tetapi tempat untuk para pengguna dua roda berkumpul, berkongsi pengalaman dan melibatkan diri sepenunhnya dalam dunia motosikal.

Majlis pelancaran turut menerima kehadiran kumpulan konvoi pemilik motosikal CFMOTO serta jenama-jenama di bawah Mforce yang hadir sebagai tanda sokongan. Para pengunjung juga dapat menunggang uji pelbagai jentera keluaran Mforce, pemeriksaan servis asas secara percuma untuk kesemua motosikal CFMOTO, menikmati diskaun sehingga 50% bagi alat ganti dan barangan terpilih serta sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik.

Sebarang pertanyaan sila kunjungi CFMOTO Flagship Store - Icity Motoworld Sdn Bhd atau hubungi di talian 012-347 5767. RR

Popular

  • Warta Roda

    Pengeluaran motosikal bulan Ogos di Vietnam menurun...hanya sekitar 280,000 unit sahaja.

  • Dari Litar

    CP150: Mampukah Pelumba Lain Menggugat Kedudukan 1-2 Pasukan CKJ Racing?

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Maut Mengelak Lopak Air

  • Warta Roda

    Gagal Meletakkan Papan Tanda Amaran, Pemaju Hanya Dikompaun RM1,000?

  • Pelebaran Jalan Stesen dan Jalan Ismail Atasi Isu Kesesakan Trafik

Artikel berkaitan

Pengeluaran motosikal bulan Ogos di Vietnam menurun...hanya sekitar 280,000 unit sahaja.

Penunggang Motosikal Maut Mengelak Lopak Air

Gagal Meletakkan Papan Tanda Amaran, Pemaju Hanya Dikompaun RM1,000?

Tangani Gelaja Lumba haram: Polis minta orang ramai tularkan kereta, motosikal yang diubah suai

Kemalangan Maut Motosikal Langgar Tong Roro

Padah Langgar Lampu Merah Di Persimpangan

Dua Lagi Warna Baru Honda Vario 160 Diperkenalkan – Harga Bermula RM10,198

Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

WIRA: Farres Putra vs Md Akif, Siapa Akan Mendominasi Litar Jempol?

Siapakah yang akan mendominasi pusingan kelapan Kejuaaran PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix di litar Jempol Negeri Sembilan hujung minggu ini?

Warta Roda

Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 22.2 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pagi tadi.

Personaliti

Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

Di media sosial pula, Cikgu Halim lebih dikenali dengan nama panggilan Cikgu Offroad.

Warta Roda

Bagi Menghormati Insiden Tanah Jerlus, DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

Bagi menghormati mangsa tanah jerlus dan beberapa insiden yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur, DBKL membatalkan Sambutan Ambang Kemerdekaan 2024.