Isu Terkini

Julai 2024

Warta Roda / 23 September 2024

Padah Langgar Lampu Merah Di Persimpangan

Melaka - Padah melanggar lampu isyarat merah, seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Pantai Belimbing One Krubong semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Kenderaan SUV jenis Subaru Forestor.

Kemalangan dipercayai berlaku di mana kenderaan jenis SUV itu ingin meneruskan perjalanan ke Taman Krubong selepas lampu isyarat di laluannya bertukar hijau. Secara tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah Krubong Perdana melanggar lampu merah dan menyebabkan pelanggaran berlaku.

Kejadian berlaku pada jam 10 malam, mangsa yang merupakan seorang lelaki berumur 20 tahun maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Sehingga kini, pihak polis masih mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

Popular

  • Warta Roda

    Pengeluaran motosikal bulan Ogos di Vietnam menurun...hanya sekitar 280,000 unit sahaja.

  • Dari Litar

    CP150: Mampukah Pelumba Lain Menggugat Kedudukan 1-2 Pasukan CKJ Racing?

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Maut Mengelak Lopak Air

  • Warta Roda

    Gagal Meletakkan Papan Tanda Amaran, Pemaju Hanya Dikompaun RM1,000?

  • Pelebaran Jalan Stesen dan Jalan Ismail Atasi Isu Kesesakan Trafik

Artikel berkaitan

Pengeluaran motosikal bulan Ogos di Vietnam menurun...hanya sekitar 280,000 unit sahaja.

Penunggang Motosikal Maut Mengelak Lopak Air

Gagal Meletakkan Papan Tanda Amaran, Pemaju Hanya Dikompaun RM1,000?

Tangani Gelaja Lumba haram: Polis minta orang ramai tularkan kereta, motosikal yang diubah suai

Kemalangan Maut Motosikal Langgar Tong Roro

CFMOTO Flagship Store - Icity Motoworld Shah Alam Dibuka Secara Rasmi

Dua Lagi Warna Baru Honda Vario 160 Diperkenalkan – Harga Bermula RM10,198

Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Maut Mengelak Lopak Air

Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas dipercayai mengelak lopak air di Persiaran Sultan di sini pada Rabu.

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Versys 650 SE & Kawasaki Z900RS SE ke Pasaran

Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, dengan sukacitanya mengumumkan ketibaan dua model menarik: Modenas Versys 650 SE dan Kawasaki Z900RS SE.

Warta Roda

Dua Lagi Warna Baru Honda Vario 160 Diperkenalkan – Harga Bermula RM10,198

Boon Siew Honda mengumumkan dua lagi warna tambahan bagi skuter Vario 160 iaitu Biru dan Merah.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 22.2 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pagi tadi.