Isu Terkini

Jun 2024

Warta Roda / 21 September 2024

Dua Lagi Warna Baru Honda Vario 160 Diperkenalkan – Harga Bermula RM10,198

Pada pertengahan bulan Julai yang lalu, Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan warna baru untuk Vario 160 2024. Kini pihak BSH mengumumkan dua lagi warna tambahan bagi skuter tersebut iaitu Biru dan Merah.

Honda Vario 160 yang menampilkan warna-warna terbaru boleh didapati di semua pusat pengendar Honda yang sah dan Impian X bermula 23hb September 2024. Model ini ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM10,198 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran). Manakala untuk warna yang sedia ada iaitu Hijau dan Mat Blue kekal pada RM10,498.

Skuter Vario ini dikuasakan dengan enjin 157cc, silinder tunggal, 4 lejang, sistem sejukan cecair dengan teknologi Enhanced Smart Power+ (eSP+) yang dipertingkatkan. Model ini menawarkan kuasa maksimum 11.3kW pada 8,500rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000rpm.

Roda hadapan dan belakang dilengkapkan dengan brek jenis cakera. Sistem ABS yang terdapat pada bahagian hadapan meningkatkan lagi keyakinan dan keselamatan penunggangnya ketika berada di atas jalan raya.

Antara kelengkapan lain seperti lampu-lampu LED, paparan meter LCD, sistem kunci pintar, soket pengecas USB, sistem bahan api PGM-Fi, tangki 5.5 liter dan berat 119kg.

Bagi pembelian skuter ini, BSH turut menawarkan waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.boonsiewhonda.com.my atau kunjungi Honda Impian X yang terdekat. Para pelanggan juga boleh menghubungi di nombor bebas tol 1-800-88-3993. RR

Popular

  • Dari Litar

    Jentera WorldSBK Yamaha R1 Baru Ada 'Wings'!

  • Model Baru

    Kamax Motorcycles Perkenalkan Siri Cub Pro Baru

  • Dari Litar

    Azlan Shah Umum Persaraan Daripada Sukan Permotoran Dua Roda

  • Warta Roda

    Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

Artikel berkaitan

Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar Maut Dengan 12 Kesan Tetakan

Mforce Track Day 2024

Ayah & Anak Cedera, Motosikal Terbabas Masuk Longkang Dalam

MODENAS, IFS Capital Tandatangani Perjanjian Pengenalan Pembiayaan Rantaian Bekalan

Udoh Ebaide Joy, wanita Afrika pertama menunggang motosikal dari Timur ke Afrika Barat

Sayur Pucuk Paku, Ayam Goreng Madu Masakan Terakhir Ibu Sebelum Maut Kemalangan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 22.2 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pagi tadi.

Warta Roda

Bagi Menghormati Insiden Tanah Jerlus, DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

Bagi menghormati mangsa tanah jerlus dan beberapa insiden yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur, DBKL membatalkan Sambutan Ambang Kemerdekaan 2024.

Warta Roda

Motosikal Berkuasa Tinggi Rempuh Kereta Buat Pusingan 'U', Pemandu & Penunggang Maut

Kereta jenis Produa Viva yang membuat pusingan 'U' secara tiba-tiba di rempuh dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Warta Roda

11th Mega Gathering CBR-RR Malaysia di Taman Tamadun Islam, Terengganu Meriah!

11th Mega Gathering CBR-RR Malaysia telah berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Terengganu.