Isu Terkini

Jun 2024

Warta Roda / 17 September 2024

Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 22.2 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Selasa. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, laporan berkaitan kemalangan itu diterima pihaknya kira-kira jam 9 pagi.

"Siasatan mendapati motosikal jenis Yamaha R15 yang ditunggang seorang lelaki tempatan berumur 19 tahun menghala ke arah selatan.

"Motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan mengakibatkan mangsa terjatuh ke bawah lori yang berada di lorong sebelah kiri," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Orang ramai yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohammad Najib Mohd Azaman di talian 012-3526147 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. RR

https://www.sinarharian.com.my

Popular

  • Dari Litar

    Azlan Shah Umum Persaraan Daripada Sukan Permotoran Dua Roda

  • Warta Roda

    Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

  • Personaliti

    Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

  • Dari Litar

    ASS600: Kemenangan Pertama Buat Helmi Musim Ini

  • Dari Litar

    ASB1000: Azlan Shah Raih Tempat ke-2 di Sepang

Artikel berkaitan

Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar Maut Dengan 12 Kesan Tetakan

Mforce Track Day 2024

Ayah & Anak Cedera, Motosikal Terbabas Masuk Longkang Dalam

MODENAS, IFS Capital Tandatangani Perjanjian Pengenalan Pembiayaan Rantaian Bekalan

Udoh Ebaide Joy, wanita Afrika pertama menunggang motosikal dari Timur ke Afrika Barat

Sayur Pucuk Paku, Ayam Goreng Madu Masakan Terakhir Ibu Sebelum Maut Kemalangan

Motosikal Baru 150cc Ke Atas Wajib Ada Sistem ABS

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

ASS600: Kemenangan Pertama Buat Helmi Musim Ini

Tahniah buat Muhammad Helmi Azman (IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team) mengesahkan kemenangan pertamanya musim ini dalam kategori ASS600.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda Selepas Menunggu Sekian Lama

Dari Litar

Wira KBS: "Saya Akan Lebih Fokus Minggu Ini," Raiyan

Raiyan Khardanee yang berlumba untuk pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 13 Racing akan meningkatkan lagi prestasinya dalam kategori Wira KBS.

Warta Roda

11th Mega Gathering CBR-RR Malaysia di Taman Tamadun Islam, Terengganu Meriah!

11th Mega Gathering CBR-RR Malaysia telah berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam Terengganu.