Isu Terkini

Jun 2024

Warta Roda / 12 September 2024

Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar Maut Dengan 12 Kesan Tetakan

Kangar: Bekas pelumba negara, Elly Idzlianizar yang maut semalam dipercayai ditetak dalam pergaduhan di Kangar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9 malam hingga 10 malam di mana mangsa telah pergi ke rumah seorang lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gronchar Jaya, Kangar pada selasa lalu.

Pihak polis memaklumkan bahawa pergaduhan membabitkan empat orang individu termasuk mangsa di laluan persimpangan jalan Taman Behor Gonchar Jaya pada jam 11.13 malam.

Mangsa dan tiga lagi individu yang terbabit dalam pergaduhan telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk menerima rawatan sebaik sahaja anggota polis sampai ke tempat kejadian.

Walaubagaimanapun, mangsa (Elly Idzlianizar) disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 malam semalam kerana mengalami kecederaan parah dengan kesan tetakan sekitar 10 hingga 12 di bahagian badan di mana satu tetakan di tangan kanan, tiga di tangan kiri dan lapan kesan tetakan di bahagian belakang badan mangsa.

Susulan itu, pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kangar serta Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen Perlis menahan tiga orang suspek lelaki yang berusia dari 28 hingga 51 tahun.

Polis turut merampas telefon bimbit, perakam video digital dan sebilah pedang samurai berukuran 112 sentimiter yang digunakan dalam pergaduhan tersebut.

Siasatan awal mendapati, mangsa yang dalam keadaan marah mencari suspek utama berusia 51 tahun di kediamanya di taman perumahan itu. Namun suspek tiada di rumah, hanya isteri dan anaknya sahaja yang ada.

Selepas beredar, mangsa kemudian terserempak dengan suspek di persimpangan laluan dan tercetuslah pergaduhan yang disertai oleh dua lagi lelaki termasuk anak suspek berusia 31 tahun.

Mangsa dan suspek saling mengenali dan sering berurusan antara mereka tentang perkara yang tidaklah sehingga membawa pergaduhan. Namun setakat ini, motif pergaduhan masih dalam siasatan.

Menurut Yusharifuddin, pihaknya turut menyiasat wujud unsur kongsi gelap dan gangster dalam pergaduhan tersebut kerana suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

Menerusi saringan ujian air kencing, hanya suspek utama positif dadah dan melalui semakan terdapat sembilan rekod jenayah lampau yang membabitkan cubaan membunuh dan dadah.

Manakala suspek yang berusia 28 tahun mempunyai 12 rekod jenayah membabitkan pelbagai jenayah dan dadah. Suspek ketiga yang juga anak suspek mempunyai lima rekod dadah lampau membabitkan pelbagai jenayah dan dadah. RR

Popular

  • Dari Litar

    Azlan Shah Umum Persaraan Daripada Sukan Permotoran Dua Roda

  • Warta Roda

    Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

  • Personaliti

    Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

  • Dari Litar

    ASS600: Kemenangan Pertama Buat Helmi Musim Ini

Artikel berkaitan

Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

Mforce Track Day 2024

Ayah & Anak Cedera, Motosikal Terbabas Masuk Longkang Dalam

MODENAS, IFS Capital Tandatangani Perjanjian Pengenalan Pembiayaan Rantaian Bekalan

Udoh Ebaide Joy, wanita Afrika pertama menunggang motosikal dari Timur ke Afrika Barat

Sayur Pucuk Paku, Ayam Goreng Madu Masakan Terakhir Ibu Sebelum Maut Kemalangan

Motosikal Baru 150cc Ke Atas Wajib Ada Sistem ABS

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pembangunan enjin MotoGP bakal dibeku sehingga 2027?

Seperti yang kita semua tahu, untuk musim 2027 nanti, enjin 850cc serba baru akan diperkenalkan di MotoGP. Maka, dikhabarkan bahawa pembangunan untuk rekaan bahagian enjin dijangka akan dibekukan.

Warta Roda

Mforce Track Day 2024

Baru-beru ini Mfroce Bike Holdings Sdn Bhd telah mengadakan acara Track Day buat para media dan orang awam di Litar Horizon Beranang.

Warta Roda

Honda Scoo-tival Meriahkan Acara Merdeka Penang Foodstival 2024

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan penyertaan dalam Star Vendor Merdeka Penang Foodstival 2024

Dari Litar

CP125: Shafiq Berazam Untuk Berada di Tempat Tiga Teratas

Pelumba pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing, Md Shafiq Ezzariq akan meningkatkan lagi usahanya untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik.