Isu Terkini

Jun 2024

Warta Roda / 31 Ogos 2024

Honda Scoo-tival Meriahkan Acara Merdeka Penang Foodstival 2024

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan penyertaan dalam Star Vendor Merdeka Penang Foodstival 2024 di Tapak Ekspo Seberang Jaya dengan tema segar dan dinamik: Scoo-tival (Festival Skuter). Menerusi acara ini juga pihak BSH turut mempamerkan rangkaian warna-warna baru Honda Vario 125, Vario 160 dan ADV160

Model-model tersebut bukan sahaja menawarkan warna baru tetapi turut diiktiraf dengan penarafan 5 bintang dan 3 bintang menerusi Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) dan diperakui sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Selain ketiga-tiga jentera itu, model konsep seperti Honda CT125, Honda DAX dan Honda Giorno+ turut dipamerkan.

Bersempena dengan acara hujung minggu itu, para pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti di ruang promosi Honda dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.

Di ruang promosi Honda akan menawarkan beberapa aktiviti lain seperti:

  • Sesi tunggang uji skuter Vario dan ADV160 di sekitar Seberang Jaya untuk merasi keseronokan teknologi terkini Honda.
  • Perkenalan tentang platform digital terbaru Boon Siew Honda iaitu ‘Honda X’
  • Penerangan tentang Minyak Enjin Tulen Pro Honda – Mengetahui tentang kelebihan minyak enjin tulen Pro Honda untuk mengoptimumkan prestasi dan jangka hayat jentera Honda
  • Safety Riding With Honda’s Riding Trainer – Pengalaman menyeronokkan untuk semua peringkat umur agar memahami cara penunggangan dengan selamat

Bagi mereka yang berada di sekitar Penang dan berdekatan ayuh hadir ke Merdeka Penang Foodstival 2024 untuk merasai keseronokkan di Honda Scoo-tival dari 30hb Ogos hingga 1hb September 2024 pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. RR

Popular

  • Dari Litar

    Azlan Shah Umum Persaraan Daripada Sukan Permotoran Dua Roda

  • Warta Roda

    Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

  • Personaliti

    Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

  • Dari Litar

    ASS600: Kemenangan Pertama Buat Helmi Musim Ini

Artikel berkaitan

Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar Maut Dengan 12 Kesan Tetakan

Mforce Track Day 2024

Ayah & Anak Cedera, Motosikal Terbabas Masuk Longkang Dalam

MODENAS, IFS Capital Tandatangani Perjanjian Pengenalan Pembiayaan Rantaian Bekalan

Udoh Ebaide Joy, wanita Afrika pertama menunggang motosikal dari Timur ke Afrika Barat

Sayur Pucuk Paku, Ayam Goreng Madu Masakan Terakhir Ibu Sebelum Maut Kemalangan

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Selepas 1,043 hari...Marc Marquez Akhirnya Jadi Juara

Selepas 1043 hari, terlibat dalam kemalangan, melalui beberapa pembedahan, berpindah pasukan dan macam-macam lagi cabaran... Marc Marquez (Gresini Racing MotoGP) akhirnya kembali ke tangga teratas podium Grand Prix.

Dari Litar

Akid Semakin Gah di Atas

Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing) meraih kemenangan dalam pusingan ketujuh perlumbaan Cub Prix di Tangkak, johor.

Dari Litar

Video Aksi 'Wheelie' Yang Tular, Seorang Remaja Ditahan

Padah buat aksi 'wheelie', seorang remaja ditahan selepas videonya tular di media sosial.

Warta Roda

Jelajah Semenanjung Dewi Yamaha 2024 - Terima Anugerah Malaysia Book of Records

Tahniah buat 11 penunggang wanita yang telah menyempurnakan perjalanan penuh mencabar dengan jarak keseluruhan 2,518 kilometer merangkumi 10 perhentian hampir di seluruh semenanjung Malaysia.