Gempak Santai MODENAS VOLUME 1
Kesinambungan daripada penganjuran acara tersebut, Modenas Malaysia sekali lagi telah menganjurkan Gempak Santai Volume 1 pada 30 Disember lepas di perkarangan Kompleks Ibu Pejabat Eon di Glenmarie Shah Alam. Acara tersebut telah dihadiri lebih kurang 250 peserta pemilik motosikal Modenas. Tujuan acara ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan sesama pemilik motosikal Modenas serta menambah ilmu mengenai jentera masing-masing.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang hari antaranya test ride, permainan motosikal lambat, lucky draw, dan macam-macam lagi. Para pemilik Modenas juga tidak melepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan dan penyelenggaraan motosikal mereka yang menawarkan harga berserta diskaun yang istimewa daripada Modenas buat pelanggannya. Para petugas juga terdiri daripada pakar mekanik dari Modenas sendiri. Untuk memeriahkan lagi acara, para pengunjung telah disajikan dengan demonstrasi jentera Cub Prix yang dipersembahkan oleh para pelumba pasukan Modenas yang bersaing dalam perlumbaan Cub Prix kebangsaan. Dua buah food truck juga turut dijemput oleh Modenas yang menyajikan minuman dan makanan menarik.
Terdapat juga sesi perkongsian dan maklum balas di antara para pemilik bersama CEO Modenas, En. Amirudin Abd Kadir dan pihak pengurusan. En. Ahmad Syafril Ibad yang berasal dari Melaka merupakan seorang pemenang bertuah yang berjaya membawa pulang sebuah motosikal Modenas Kriss MR2 serba baru. Tahniah! RR
Popular