Isu Terkini

Jun 2024

Warta Roda / 26 Ogos 2024

BMW Motorrad Anjur BMW CE 02 Fun Challenge & BMW CE 04 Test Ride

Buat pertama kalinya BMW Motorrad telah menganjurkan BMW CE 02 Fun Challenge pada 17 Ogos 2024 untuk menawarkan peluang buat para peminat motosikal di negara ini merasai teknologi canggih motosikal elektrik keluaran jenama premium iaitu BMW CE 02 dan CE 04.

"Komitmen kami untuk 'Make Life A Ride' bukan sahaja tertumpu pada pengenalan motosikal yang merangkumi inovasi, integrasi elektrik dan prestasi, tetapi merupakan dedikasi kami untuk meningkatkan pananda aras pengalaman menunggang. Penganjuran program yang pertama kali ini bersama para komuniti penunggang motosikal adalah mempamerkan semangat inovatif BMW Motorrad Malaysia. BMW CE 02 adalah sebuah jentera masa hadapan mobiliti bandar yang menggabungkan keseronokan, serba boleh dan kemampanan dalam satu eParkourer revolusi. Manakala CE 04 pula menampilkan rekabentuk menawan dan ciri ketersambungan pintar bagi mencerminkan kepimpinan inovatif dalam masa jangka panjang," kata En. Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Program yang dijalankan bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Sesi sebelah pagi diutamakan untuk para pengedar  BMW Motorrad bagi sesi kelas EV Knowledge, bertujuan untuk meningkatkan kepakaran berkenaan kenderaan elektrik. Para pengedar juga turut menyertai BMW CE 02 Fun Challenge di mana mereka menunggang BMW CE 02 di litar yang ditetapkan.

Selain itu, peserta hadirin berpeluang menguji sendiri BMW CE 04 di jalan raya bagi merakamkan kenangan menunggang jentera elektrik yang inovatif sesuai dengan kuasa serta jarak untuk tunggangan lancar di kawasan bandar. Dengan adanya aktiviti ini, para peminat motosikal elektrik boleh membuat perbandingan di antara CE 02 dan CE 04 yang bersesuaian untuk tunggangan harian.

Menerusi BMW CE 02 Fun Challenge bukan sahaja dapat menonjolkan ciri eParkourer yang menyeronokkan, malah mempamerkan komitmen BMW Group Malaysia tetang mobiliti serta mendefinasikan pengalaman menunggang di bandar. RR

Popular

  • Dari Litar

    Azlan Shah Umum Persaraan Daripada Sukan Permotoran Dua Roda

  • Warta Roda

    Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

  • Personaliti

    Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

  • Dari Litar

    ASS600: Kemenangan Pertama Buat Helmi Musim Ini

Artikel berkaitan

Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar Maut Dengan 12 Kesan Tetakan

Mforce Track Day 2024

Ayah & Anak Cedera, Motosikal Terbabas Masuk Longkang Dalam

MODENAS, IFS Capital Tandatangani Perjanjian Pengenalan Pembiayaan Rantaian Bekalan

Udoh Ebaide Joy, wanita Afrika pertama menunggang motosikal dari Timur ke Afrika Barat

Sayur Pucuk Paku, Ayam Goreng Madu Masakan Terakhir Ibu Sebelum Maut Kemalangan

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Ke Mana Hala Tuju Hakim Danish Untuk Musim 2025?

Pusingan terakhir saingan Redbull MotoGP Rookies Cup 2024 bakal melabuhkan tirainya di Litar Misano World Circuit Marco Simoncelli.

Dari Litar

Akid Semakin Gah di Atas

Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing) meraih kemenangan dalam pusingan ketujuh perlumbaan Cub Prix di Tangkak, johor.

Warta Roda

Motosikal Berkuasa Tinggi Rempuh Kereta Buat Pusingan 'U', Pemandu & Penunggang Maut

Kereta jenis Produa Viva yang membuat pusingan 'U' secara tiba-tiba di rempuh dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Warta Roda

Suzuki Merdeka Ride 2024

Suzuki Malaysia telah menganjurkan satu konvoi yang digelar 'Suzuki Merdeka Ride 2024' selama 2 hari 1malam ke Ipoh, Perak.