Isu Terkini

Jun 2024

Warta Roda / 23 Ogos 2024

Penunggang Motosikal Patah Tangan Kiri & Kaki Kanan Elak Anjing Liar

Seremban: Nasib malang menimpa seorang penunggang motosikal selepas terjatuh dari kenderaannya akibat terkejut untuk mengelak anjing liar yang melompat ke tengah jalan dalam kejadian pada jam 7.30 malam di Taman Bandar Senawang semalam.

Penunggang yang berusia 47 tahun itu mengalami patah tangan kiri dan kaki kanan, terpaksa dimasukkan besi serta perlu mengambil masa yang lama untuk sembuh dan menyebabkan dia tidak dapat bekerja.

"Pada waktu itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. Secara tiba-tiba terdapat seekor anjing liar yang melompat ke tengah jalan. Akibat itu, saya telah hilang kawalan dan tercampak dari motosikal," kata mangsa.

Menurutnya lagi, beliau cuba bangun tetapi tidak berdaya dan menjangkakan kaki kanannya telah patah. Pekerja pemasangan kren itu kemudian menghubungi rakan dan isterinya sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk rawatan.

Masalah anjing liar di Negeri Sembilan agak serius terutama di sebelah Seremban berbanding kawasan lain. Beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih agresif, tambahnya yang perlu menanggung isteri serta tiga orang anak masih belajar. RR

Sumber berita: http://hmetro.com.my

Popular

  • Dari Litar

    Azlan Shah Umum Persaraan Daripada Sukan Permotoran Dua Roda

  • Warta Roda

    Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

  • Personaliti

    Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

  • Dari Litar

    ASS600: Kemenangan Pertama Buat Helmi Musim Ini

Artikel berkaitan

Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar Maut Dengan 12 Kesan Tetakan

Mforce Track Day 2024

Ayah & Anak Cedera, Motosikal Terbabas Masuk Longkang Dalam

MODENAS, IFS Capital Tandatangani Perjanjian Pengenalan Pembiayaan Rantaian Bekalan

Udoh Ebaide Joy, wanita Afrika pertama menunggang motosikal dari Timur ke Afrika Barat

Sayur Pucuk Paku, Ayam Goreng Madu Masakan Terakhir Ibu Sebelum Maut Kemalangan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS, IFS Capital Tandatangani Perjanjian Pengenalan Pembiayaan Rantaian Bekalan

Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (“MODENAS”), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, dan IFS Capital Malaysia Sdn. Bhd. telah menjalinkan kerjasama strategik untuk menyediakan fleksibiliti kewangan kepada vendor MODENAS melalui Program Pembiayaan Rantaian Bekalan.

Dari Litar

Ke Mana Hala Tuju Hakim Danish Untuk Musim 2025?

Pusingan terakhir saingan Redbull MotoGP Rookies Cup 2024 bakal melabuhkan tirainya di Litar Misano World Circuit Marco Simoncelli.

Warta Roda

Motosikal Baru 150cc Ke Atas Wajib Ada Sistem ABS

Kerajaan memutuskan kesemua motosikal baru dengan enjin berkapasiti 150cc dan ke atas wajib memiliki sistem Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) bermula 1 Januari tahun depan.

Dari Litar

Akid Semakin Gah di Atas

Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing) meraih kemenangan dalam pusingan ketujuh perlumbaan Cub Prix di Tangkak, johor.