Isu Terkini

Jun 2024

Warta Roda / 21 Ogos 2024

Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori

IPOH - Seorang lelaki maut digilis lori selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Lahat di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 8.52 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan mendapati mangsa dari arah Lahat menuju ke Menglembu. Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa cuba memintas sebuah lagi motosikal di laluan sama namun, motosikalnya terlanggar pembahagi tengah jalan.

Keadaan itu menyebabkan motosikal hilang kawalan dan mangsa terpelanting ke lorong kiri lalu digilis sebuah lori," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu. Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di kepala.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis meminta saksi kejadian itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 013-6713177 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. RR

Popular

  • Dari Litar

    Azlan Shah Umum Persaraan Daripada Sukan Permotoran Dua Roda

  • Warta Roda

    Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

  • Personaliti

    Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

  • Dari Litar

    ASS600: Kemenangan Pertama Buat Helmi Musim Ini

Artikel berkaitan

Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar Maut Dengan 12 Kesan Tetakan

Mforce Track Day 2024

Ayah & Anak Cedera, Motosikal Terbabas Masuk Longkang Dalam

MODENAS, IFS Capital Tandatangani Perjanjian Pengenalan Pembiayaan Rantaian Bekalan

Udoh Ebaide Joy, wanita Afrika pertama menunggang motosikal dari Timur ke Afrika Barat

Sayur Pucuk Paku, Ayam Goreng Madu Masakan Terakhir Ibu Sebelum Maut Kemalangan

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda Selepas Menunggu Sekian Lama

Dari Litar

Litar Brno Kembali Dalam Kalendar MotoGP Bermula 2025

MotoGP™ umum Grand Prix Republik Czech di Automotodrom Brno kembali dalam kalender MotoGP bermula 2025 sehingga 2029.

Model Baru

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) Perkenalkan Logo Baru, Lancarkan KRISS 110 Fi

otosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) dengan rasminya melancarkan logo serba baru 2024 dalam usaha memperkembangkan jenama motosikal nasional itu ke peringkat global.

Warta Roda

Karnival Yamaha GEN BLU Cipta 2 Rekod dalam Malaysia Book of Records

Karnival Yamaha GEN BLU kembali lagi menemui para pencinta dua roda pada 24 Ogos lalu, kali ini bertempat di Bandar Medini Iskandar Puteri, Johor.