Isu Terkini

Jun 2024

Warta Roda / 21 Ogos 2024

Hulala Bike Fiesta 2024 Menanti Peminat Dua Roda September Ini!

Hulala Bike Fiesta 2024 anjuran GB Motorcycles Sdn Bhd dan Sheng Fatt Motor akan berlangsung di Penang Juru City Concept Hall pada 6hb sehingga 8hb September 2024. Program ini merupakan acara wajib setiap tahun yang bertujuan meraikan para peminat motosikal di seluruh Malaysia dengan menawarkan pelbagai tawaran serta aktiviti menarik.

Di Feista, pengunjung berpeluang melibatkan diri dalam komuniti pencinta motosikal, berhubung dengan rakan-rakan penunggang, trend dan inovas terkini dalam dunia dua roda.

Apa yang lebih menarik, pengunjung juga berpeluang untuk menunggang uji motosikal terkini di pasaran. Selain itu, terdapat juga pelbagai promosi istimewa berupa aksesori motosikal yang ditawarkan pada harga serendah RM1. Antara aktiviti lain seperti hiburan serta sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik.

Hulala Bike Fiesta 2024 bakal menampilkan barisan jenama motosikal dan produk seperti Harley-Davidson, Royal Enfield, Triumph, Vespa, Aprilia, Ducati, S Spirit, Shoei, HGV, GIVI, KYT, Nolan, Nexx, Alpinestar, Five S, Shima, Quadlock, Cardo, Insta360 dan institusi kewangan, AEON Credit. RR

Popular

  • Dari Litar

    Azlan Shah Umum Persaraan Daripada Sukan Permotoran Dua Roda

  • Warta Roda

    Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

  • Personaliti

    Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

  • Dari Litar

    ASS600: Kemenangan Pertama Buat Helmi Musim Ini

Artikel berkaitan

Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar Maut Dengan 12 Kesan Tetakan

Mforce Track Day 2024

Ayah & Anak Cedera, Motosikal Terbabas Masuk Longkang Dalam

MODENAS, IFS Capital Tandatangani Perjanjian Pengenalan Pembiayaan Rantaian Bekalan

Udoh Ebaide Joy, wanita Afrika pertama menunggang motosikal dari Timur ke Afrika Barat

Sayur Pucuk Paku, Ayam Goreng Madu Masakan Terakhir Ibu Sebelum Maut Kemalangan

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Azlan Shah Umum Persaraan Daripada Sukan Permotoran Dua Roda

Azlan Shah Kamaruzaman yang bersaing dalam Kejuaraan Asia Road Racing (ARRC) mengumumkan berita mengejut tentang persaraannya daripada sukan permotoran dua roda.

Warta Roda

Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

Perkenalkan 2 model skuter keluaran ZNEN iaitu A-MAX dan NVH. A-MAX merupakan sebuah skuter elektrik yang dilengkapkan dengan enjin berkuasa 48V 750W dengan kelajuan maksumum 32km/j

Warta Roda

Udoh Ebaide Joy, wanita Afrika pertama menunggang motosikal dari Timur ke Afrika Barat

Pemuzik dari Nigeria, Udoh Ebaide Joy telah berjaya menunggang motosikal dari bandar Mombasa di Kenya ke Lagos, Nigeria, menjadikannya wanita kulit hitam Afrika pertama yang didokumentasikan untuk menunggang dari Timur ke pantai Barat benua Afrika.

Dari Litar

Video Aksi 'Wheelie' Yang Tular, Seorang Remaja Ditahan

Padah buat aksi 'wheelie', seorang remaja ditahan selepas videonya tular di media sosial.