Isu Terkini

Jun 2024

Warta Roda / 21 Ogos 2024

MotoGP Malaysia Kembali Lagi - Bakal Menyambut Ulang Tahun ke-25 SIC

Acara yang ditunggu-tunggu buat seluruh rakyat Malaysia, Grand Prix PETRONAS Malaysia 2024 (MotoGP™ Malaysia) bakal berlangsung pada 1hb sehingga 3hb November 2024. Pengumuman itu tersebut telah diumumkan oleh Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (PETRONAS SIC) dalam sidang media baru-baru ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia, YB Adam Adli. Tahun ini juga manandakan satu peristiwa penting bagi menyambut ulang tahun ke-25 buat SIC dan MotoGP™ Malaysia di Sepang dengan mengadakan acara tambahan iaitu 'After Race Fest'.

"Kami sangat teruja untuk meraikan hari yang istimewa di festival tersebut. Tahun ini kami akan meraikan ulang tahun ke-25 sejak PETRONAS SIC dirasmikan pada tahun 1999. Terima kasih kepada HIFIVE Entertainment yang hadir sebagai rakan kongsi dalam penganjuran 'After Race Fest' yang diadakan pada 3hb November 2024. Eksklusif untuk peminat MotoGP™ Malaysia harga yang ditawarkan untuk pembeli tiket awal adalah RM500 bermula sekarang sehingga 31hb Ogos 2024. Harga akan menjadi RM600 selepas tarikh tersebut," kata Pegawai Eksekutif SIC, En. Azhan Shafriman Hanif.

"Rakan kongsi kami, PETRONAS turut meraikan ulang tahunnya yang ke-50 dan acara MotoGP™ yang sudah masuk tahun ke-75 merupakan perayaan sebenar dalam perpaduan sebagai satu negara, satu komuniti dan satu keluarga perlumbaan," tambahnya.

Menurut YB Adam Adli, "MotoGP™ Malaysia adalah komitmen kerajaan yang memberikan manfaat kepada komuniti sukan permotoran di dalam negara. Sejak tahun 1999, PETRONAS SIC berjaya menganjurkan 25 cara MotoGP™ Malaysia. Inisiatif ini telah memupuk ekosistem sukan permotoran dalam menyediakan peluang pekerjaan, tingkatkan pelancongan serta memperkasakan belia kita. Ini mencerminkan dedikasi kita bagi memupuk kecermelangan dan inovasi dalan sukan permotoran dan menyokong baat pelumba muda seperti Hakim Danish dan Qabil Irfan dalam usaha mereka untuk bergelar juara."

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik, Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi PETRONAS, Siti Azlina Latif berkata, PETRONAS amat berbangga dapat menyumbang kata pertumbuhan dan kejayaan dalam sukan permotorang di Malaysia dan peringkat dunia. Penglibatan PETRONAS mencerminkan semangat mereka untuk prestasi dan dedikasi dalam bembangunan bakan dan kemajuan teknologi.

Berita gembira buat para peminat MotoGP™ di Malaysia, selaras dengan inisiatif Malaysia Madani Kerajaan dan menjadikan sukan lebih mudah untuk diakses, PETRONAS SIC turut kembali membawakan tiket rahmah yang ditawarkan pada harga RM49.90 untuk mereka menikmati perlumbaan dari K2 Hillstand. Terdapat juga harga promosi istimewa pada 25% bermula sekarang hingga 20hb September 2024 sempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Disebalik menonton perlumbaan yang menarik, para peminat boleh menikmati pelbagai aktiviti luar litar seperti 'Public Pit Lane Walk dan Riders' sesi menandatangan bersama pelumba-pelumba kegermaran dan pelbagai lagi.

Pengalaman menjelajah litar SIC pada waktu malam bakal kembali mengikut permintaan ramai pada 1hb November 2024. Peminat juga boleh menerokai gabungan pelbagai aktiviti membeli belah, hiburan, interaktif dan mesra keluarga di Karnival Mega MotoGP™ dengan menampilkan 100 jenama terkenal.

PETRONAS SIC juga turut mengadakan Cabutan Bertuah Mega #MalaysianGP2024! buat pembeli tiket MotoGP™ Malaysia yang menawarkan tiga hadiah menarik iaitu dua buah Yamaha 135LC dan sebuah Yamaha Y15ZR dengan hiasan liveri edisi terhad SIC eksklusif.

Untuk pembelian tiket, sila layari http://www.sepangcircuit.com. Sebarang pertanyaan boleh berhubung Media PETRONAS SIC di [email protected]. RR

Popular

  • Dari Litar

    Azlan Shah Umum Persaraan Daripada Sukan Permotoran Dua Roda

  • Warta Roda

    Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

  • Personaliti

    Cikgu Offroad, Mohd Halim "Yang Kental Pasti Sampai Pos Balar"

  • Dari Litar

    ASS600: Kemenangan Pertama Buat Helmi Musim Ini

Artikel berkaitan

Bukan N-Max.. Bukan NVX tapi A-Max & NVH!

Penunggang Motosikal Terlibat Dalam Kemalangan Maut!

Bekas Pelumba Negara, Elly Idzlianizar Maut Dengan 12 Kesan Tetakan

Mforce Track Day 2024

Ayah & Anak Cedera, Motosikal Terbabas Masuk Longkang Dalam

MODENAS, IFS Capital Tandatangani Perjanjian Pengenalan Pembiayaan Rantaian Bekalan

Udoh Ebaide Joy, wanita Afrika pertama menunggang motosikal dari Timur ke Afrika Barat

Sayur Pucuk Paku, Ayam Goreng Madu Masakan Terakhir Ibu Sebelum Maut Kemalangan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Sayur Pucuk Paku, Ayam Goreng Madu Masakan Terakhir Ibu Sebelum Maut Kemalangan

"Tidak sangka gulai lemak sayur pucuk paku dan ayam goreng madu menjadi juadah terakhir yang dimasak oleh ibu, kini dia sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya, "kata Muhammad Riduan Mohd Yusoff, anak kepada Zaiton Haron, 48, yang maut akibat kemalangan.

Dari Litar

Hakim Danish Hadiahkan Kemenangan Sempena Hari Merdeka

Tahniah buat pelumba negara, Hakim Danish yang telah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang apabila meraih kemenangan di tempat pertama di Litar Aragon baru-baru ini.

Warta Roda

Honda Scoo-tival Meriahkan Acara Merdeka Penang Foodstival 2024

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan penyertaan dalam Star Vendor Merdeka Penang Foodstival 2024

Warta Roda

BMW Motorrad Anjur BMW CE 02 Fun Challenge & BMW CE 04 Test Ride

BMW Motorrad telah menganjurkan BMW CE 02 Fun Challenge